Saya Bukan Guru Sekolah. Bolehkah Saya Menjadi Cikgu Tuisyen?

Ramai yang bertanya, saya bukan guru dan tidak pernah mengajar. Bolehkah saya menjadi cikgu tuisyen atau lebih dikenali sebagai tutor tuisyen?

Di sekolah terdapat ramai pelajar yang mungkin kurang memahami apa yang di pelajari oleh mereka. Sesetengah pelajar juga mungkin ada sifat malu untuk bertanya kepada guru apabila terdapat kekeliruan dalam pelajaran di sekolah. Jadi, adakah perlu untuk mewujudkan pendidikan tambahan atau kelas tuisyen untuk mereka selepas waktu sekolah?

Jawapannya, ia adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri. Ada pelajar yang memerlukannya untuk memastikan mereka benar-benar menguasai setiap topik dalam setiap matapelajaran. Disebabkan itu ada sekolah yang menambah waktu pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan kelas tambahan.

Tidak cukup dengan itu, wujudnya pusat tuisyen dan pembelajaran di rumah atau dikenali juga dengan ‘home tuition’ boleh membantu seseorang pelajar  tersebut. Permintaannya semakin tinggi dari sehari ke sehari kerana pelajar serta ibubapa mengetahui manfaat dan kualiti pembelajaran yang bakal mereka perolehi.

Statistik dari Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bahawa bilangan pelajar bertambah dari setahun ke setahun. Ini merupakan berita baik kepada anda!

Dengan bertambahnya bilangan pelajar sebenarnya tuisyen ini amat diperlukan oleh ibu bapa dan pelajar.

statistik bilangan pelajar, murid, sekolah 2014 kementerian pendidikan malaysia

Tahukah anda bahawa anda mempunyai kemahiran menakjubkan yang berharga yang amat diperlukan oleh ramai orang di luar sana?

Manusia telah dikurniakan bakat untuk mengajar semenjak daripada kecik lagi. Kita cenderung untuk mengajar rakan kita walaupun kita sendiri bukanlah pakar atau berkemahiran dalam bidang tersebut. Begitu juga ada sesetengah orang boleh mengajar rakan, adik, saudara dan jiran.

Jadi, mengajar orang lain juga bukan merupakan suatu isu. Dengan meningkatnya bilangan sekolah, kebanyakan guru mempunyai tanggungjawab tambahan. Dengan pelajar kelas melangkai 30-40 orang dalam suatu masa menyebabkan guru kurang dapat memberi fokus kepada setiap anak muridnya.

Oleh itu, sesetengah pelajar dengan mudah akan ketinggalan. Dengan pelbagai ujian dan peperiksaan, guru perlu menghabiskan banyak masa mengadakan persediaan seperti membuat, menyediakan, memeriksa dan menganalisis keputusan pelajar.

Adakah ia merupakan kesalahan guru?

Semestinya tidak. Ini disebabkan oleh guru sekarang mempunyai pelbagai cabaran dalam pekerjaannya. Guru-guru mempunyai pelbagai tanggungjawab selain daripada mengajar seperti menjadi AJK program, penasihat persatuan, menjaga disiplinpelajar, memberi nasihat dan banyak lagi tugasan lain.

Manakala di pihak ibu bapa pula, mereka mengimpikan anak-anak mereka cemerlang dalam bidang akademik. Cemerlang dalam pelajaran, dan memulakan kerjaya yang berjaya. Tetapi apabila mereka ketinggalan atau inginkan kejayaan yang cemerlang, ibu bapa akan mencari alternatif untuk membantu anak mereka dan salah satunya membiayai yuran tuisyen untuk anak mereka.

Dalam masyarakat hari ini, banyak isi rumah mempunyai  ibu bapa yang bekerja, kadang-kadang mereka tidak sempat untuk membantu anak-anak mereka dalam pelajaran  walaupun sebenarnya mereka ingin membantu. Ada di kalangan klien kami merupakan guru sekolah dan pensyarah universiti. Oleh kerana kekangan masa, maka tugas tersebut diserahkan kepada kami.

Selain itu, jika dilihat disekolah rendah dan menengah di Malaysia, ada juga dikalangan guru yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan seperti sumber dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ini.

bukan guru sekolah mengajar disekolah guru gstt

Ini menujukkan bahawa guru yang tidak berlatarbelakangkan pendidikan juga diiktiraf. Walaupun tidak mempunyai pengalaman mengajar, namun ia tidak harus menjadi penghalang kepada anda untuk menjadi tutor.

Apa yang perlu adalah anda mengajar subjek yang paling anda minati dan mempunyai keyakinan untuk memahami dan mengajar orang lain. Kebiasaannya apabila kita sudah memasuki kolej atau universiti, pengalaman pengajaran dan pembelajaran kita semakin matang. Maka dengan itu seharusnya ia tidak menjadi masalah untuk kita mengajar matapelajaran sekolah rendah atau sekolah menengah.

Bidang tuisyen ini bukanlah pengganti kepada sekolah tetapi merupakan pelengkap kepada apa yang dipelajari di sekolah. Tugas guru juga akan menjadi lebih mudah dengan adanya perkhidmatan tuisyen ini. Ini diakui sendiri oleh guru-guru sekolah.

Apa yang penting, teruskan menimba ilmu dan menambah pengalaman untuk menjadi seorang cikgu tuisyen yang profesional dan berjaya.

Jadi, persoalannya sekarang, bersediakah anda menjadi seorang Tutor Tuisyen yang berjaya? 🙂

Jika anda ingin menjadi seorang Tutor Tuisyen yang profesional & berjaya, jemput klik: Medan Ilmu  Tutor Profesional

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Protected: 7 Teknik Ingin Menjadi Tutor Beyond Expectation – Coach Isa

There is no excerpt because this is a protected post.