Revolusi Tutor Profesional Malaysia

Sudah hampir 24 bulan saya tidak bekerja di pejabat kerana menguruskan keluarga & bisnes di luar negara. Ramai juga yang menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang tuisyen.

Alhamdulillah, syarikat terus berkembang dengan sistem dan R&D yang sentiasa diimprove dari semasa ke semasa.

akademi infitah & CMN Global consultant
Saya perlu berikan kredit kepada ‘Famili’ CMN Education Group yang komited. Walaupun tanpa ‘office hours’ yang tetap dan punch card serta ada yang bekerja dari rumah, namun komitmen mereka sangat membanggakan.

Ada kalanya mereka bekerja di luar masa bekerja, malam, tengah malam, hari minggu dan hari cuti walaupun tanpa disuruh.

Ada juga yang terpaksa berpindah atas urusan tertentu tapi masih tetap ingin bersama kami. Maka terpaksalah saya cari portfolio baru untuk mereka kerana saya sendiri menghargai komitmen mereka.

Namun, visi dan misi kami untuk memberikan pembelajaran terbaik kepada ibu bapa & pelajar untuk melahirkan individu yang cemerlang dunia & akhirat serta bersedia menghadapi realiti kehidupan yang kian mencabar masih terlalu jauh kerana terlalu banyak permintaan yang ada kalanya kami tidak dapat penuhi.

Maklumlah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia ada lebih 5 juta. Kami sendiri pun tidak dapat cater market yang terlalu besar ini. Di sebabkan itu kami ingin lebih ramai bersama kami memperjuangkan bidang ini untuk membantu lebih ramai ibu bapa & pelajar. Tak salahkan kita kongsi rezeki sama-sama? šŸ™‚

Jadi kami telah menjemput beberapa speaker yang berpengalaman selain saya sendiri untuk berkongsi ilmu & pengalaman dengan anda untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan mengembangkan perkhidmatan dan bisnes anda selama 2 hari (pagi-petang) dalam #SimposiumTutorProfesionalMalaysia. Tarikhnya adalah pada 18 & 19 November 2017.

Boleh terus layari www.tutorprofesional.com/stpm

Jumpa di sana šŸ™‚

‘Yakin Sebelum Berjaya.’

Total
0
Shares
Related Posts