Program Dwibahasa ‘Dual Language Programme’

Program Dwibahasa ‘Dual Language Programme’

Definisi:

a) DLP Program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain.

b) Sekolah DLP Sekolah yang telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.

c) Guru DLP Guru Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

d) Kelas DLP Kelas yang melaksanakan PdP dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.

e) Murid DLP Murid yang mengikuti PdP mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan kebenaran ibu bapa.

f) Mata pelajaran terlibat dalam DLP Mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris iaitu mata pelajaran Sains, Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Download Info Lanjut Dual Language Programme: faq-dlp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *