Program Cuti Sekolah: Motivasi Al-Quran (MAQ)

Program cuti sekolah, program remaja, Kem Cuti Sekolah, Motivasi Al-Quran, Program Motivasi

Program Cuti Sekolah: Motivasi Al-Quran hadir kembali..

Saya masih ingat kali pertama kami menganjurkannya adalah pada tahun 2009. Sebelum itu saya mengenali sahabat saya Mohd Arif Asa’ad melalui satu program yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang mana ketika itu kami menjadi fasilitator program.

Kami berbincang dan memikirkan bahawa di Negeri Sembilan terutamanya, sangat kurang program yang dijalankan untuk para remaja.  Jadi, kami bercadang untuk menganjurkan program itu sambil menjemput para trainer yang telah berpengalaman seperti Tuan Zuhairi Nopiah atau dipanggil sebagai Ateh. Maka dari situ, Infitah Training & Consultancy didaftarkan dan program pertama kami dalam Motivasi Al-Quran (MAQ) dan ia adalah ‘program public’ dan ia agak mencabar sedikit kerana kami perlu membuat pemasaran, penyediaan kelengkapan, makanan, tempat dan sebagainya. Fokus program bukan sahaja untuk mempelajari al-Quran itu sendiri, tetapi memberi motivasi yang bersumberkan al-Quran. Tiap-tiap topik yang dikongsikan akan kembali kepada al-Quran yang menunjukkan al-Quran ini memang ‘POWER’ dan praktikal untuk dijadikan panduan hidup.

Program cuti sekolah, program remaja, Kem Cuti Sekolah, Motivasi Al-Quran, Program Motivasi

Alhamdulillah, sambutan yang diterima diluar jangkaan. Banyak pengalaman yang kami belajar dalam menganjurkan MAQ. Cabaran-cabaran yang dialami juga semakin mematangkan kami. Walaupun kami bukanlah pakar, tetapi dengan hasrat untuk berkongsi dan memberi, maka program ini diteruskan hingga ke ‘version 6.0’. Apa yang istimewa tentang program ini adalah, disamping kekuatan modul al-Quran itu sendiri,  ia sentiasa ditambah baik dengan modul-modul segar hasil sinergi dengan pelbagai pihak, trainer dan konsultan. Bagi saya sendiri MAQ mengandungi ‘sentimental value’ kerana majlis perkahwinan saya diadakan sewaktu program yang dijalankan selama sebulan 🙂

Dalam MAQ  yang pernah dijalankan sebelum ini, kami telah menjemput:

  • Ustaz Nor Azman – Imtiyaz Training
  • Tuan Zuhairi Nopiah – Attractive Learning & Consultancy
  • Tuan Fazrul Ismail-Total Success Training & Consultancy
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil – Synergy Training & Consultany
  • Cik Puan Azzah Abdul Rahman – Akademi HERO
  • Dr.Hj Shamsuri – Aqsa Syarif N. Sembilan
  • Imam Muda Asyraf – Imam Muda Astro Oasis Musim Pertama
  • Imam Muda Aran – Imam Muda Astro Oasis Musim Pertama
  • Imam Muda Hassan – Imam Muda Astro Oasis Musim Kedua

dan ramai lagi…

Ini adalah kerana, kami berusaha memberikan terbaik dengan menjemput orang yang terbaik juga. Alhamdulillah dengan respon yang baik daripada para peserta dan ibu bapa, MAQ V6.0 diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya, adalah ia dibuat dari pagi (8.30am) hingga petang (5.30pm). MAQ juga semakin produktif dengan bertambahnya famili Infitah iaitu Badrul Hisyam, Mior Khairul Anwar, Yusry Safian, Wan Siti Farizan, Aiman Zaki serta fasilitator dan tutor Akademi Infitah yang komited dalam merancang dan menyumbang kepakaran masing-masing untuk bersama para remaja ini. Trainer dan Professional Learning Facilitator (PLF) yang dijemput kali ini tidak kurang hebatnya kerana mereka berpengalaman dalam berprogram bersama remaja dan mengenali mereka dengan dekat seperti Nura Muna (Nisa Malaysia), Zaim Zin (One Heart Learning & Training), Hezry Yasin (InLearn Consultant).

Doakan semoga program ini akan memberi manfaat kepada para remaja serta kami sendiri. Ameen..

Maklumat lanjut di www.motivasilaquran.com

‘Inspiration Through Al-Quran’

Total
0
Shares
Related Posts