Pencarian 3T-Tutor Tuisyen Terbaik Semakin Hangat!

tutor mengaji al-quran di rumah, bangi, serdang, kajang,

Alhamdulillah, semakin hari permintaan untuk belajar tuisyen dan mengaji al-Quran di rumah semakin meningkat. Semakin ramai ibu bapa dan pelajar yang sedar tentang kelebihan pembelajaran secara fokus ini.

 

tutor tuisyen math, add math, english di rumah, bangi, serdang, kajang, putrajaya

Jadi, kami di Akademi Infitah memerlukan tutor-tutor yang komited serta mempunyai ‘passion’ untuk mengajar dan berkongsi ilmu dengan para pelajar sebagai persediaan membantu mereka cemerlang dalam akademik dan al-Quran.

Anda akan menjadi ‘duta-duta’ yang membawa ilmu dan kebaikan ke dalam rumah klien.

Rasulullah saw bersabada. “Apabila mati anak Adam itu, terputus baginya semua perkara kecuali: doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah”

Ilmu yang bermanfaat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang diperoleh bukan sahaja di akhirat, malah di dunia juga.

tutor tuisyen science, matematik di rumah, bangi, serdang, kajang,

Dengan niat yang betul serta minat yang ‘tinggi’ akan membantu melonjakkan potensi seseorang individu itu sebagai tutor. Tidak kira samada ia dijalankan secara separuh mahupun sepenuh masa.

Tutor-tutor juga diperlukan untuk membantu para pelajar ini kerana kebanyakan ibu bapa:

  • inginkan kualiti pembelajaran yang fokus kepada pelajar tersebut
  • mempunyai masa yang terhad dengan anak-anak
  • ingin berinteraksi dengan tutor tentang perkembangan anak-anak mereka
  • tidak perlu menghantar anak mereka untuk belajar di luar
  • mempercayai tutor yang fokus pada sesuatu pembelajaran agama dan akademik

tutor tuisyen english, matematik, science di rumah, bangi, serdang, kajang,

Walaupun kebanyakan ibu bapa mengharapkan guru dan ustaz/ustazah yang mengajar di sekolah sebagai tutor bagi anak mereka, tetapi menurut pengalaman kami, tidak ramai guru-guru sekolah yang berminat untuk mengajar tuisyen di rumah.

Ini adalah kerana:

  • guru-guru mempunyai tanggungjawab kerja di sekolah yang besar
  • tidak mempunyai masa untuk mengajar di luar
  • jika mengajar, mereka lebih mengutamakan untuk mengajar di pusat tuisyen atau di rumah sendiri

 

tutor tuisyen sains, matematik, english, bahasa melayu di rumah, bangi, serdang, kajang, putrajaya

 

Jadi, ramai orang bertanya saya, adakah tutor-tutor yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan boleh mengajar tuisyen dan mengaji al-Quran?

Pendapat saya, tiada masalah bagi mereka mengajar jika mempunya ‘guideline’ dari orang yang ¬†berpengalaman mengajar. Dengan sistem ‘monitoring’ pengajaran seorang tutor itu akan dipantau dari segi perkembangannya.

Dari pengalaman saya, kebanyakan ibu bapa dan pelajar akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Apakah kelebihan menjadi tutor tuisyen & al-Quran di rumah:

 

  1. Mendapat pahala yang berterusan selagi pelajar anda mengamalkan ilmu yang disampaikan.
  2. dapat menyampaikan ilmu yang ada yang merupakan tanggungjawab seorang Muslim
  3. fleksibel: bebas memilih masa untuk mengajar
  4. tidak stress mengajar kerana pelajar hanya 1-5 orang sahaja
  5. tidak memerlukan permit untuk mengajar
  6. tidak memerlukan kelayakan atau ‘qualification’ untuk mengajar
  7. dapat menjalankan secara separuh masa atau sepenuh masa
  8. mendapat pengalaman berinteraksi dengan orang lain untuk develop ‘confident-level’
  9. bagi yang mengajar sepenuh masa, kebiasaan elaun mereka sama atau lebih daripada orang yang makan gaji walaupun hanya mengajar 4-5 jam sehari
Tutor tuisyen, belajar al-quran di rumah Akademi Infitah
‘Training of Tutor’ Akademi Infitah

Jadi, jika anda berminat untuk bekerja sendiri atau memulakan bisnes sendiri, menjadi tutor merupakan platform yang baik untuk bermula. Pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan di Infitah, dengan bermula dengan mengajar di rumah, alhamdulillah sehingga sekarang Akademi Infitah sudah berkembang di Seremban, Nilai, Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya, Cheras, Shah Alam, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Gombak, Kuala Lumpur, Melaka dan kawasan sekitarnya.

Akademi Infitah juga memiliki sebuah Pusat Tuisyen dan Learning Centre di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Selain itu, kami juga terlibat dengan bidang lain seperti motivasi, training, coaching, pembekalan dan lain-lain.

Akademi Infitah Learning Centre, Pusat Tuisyen Akademi Infitah
Akademi Infitah Learning Centre& Pusat Tuisyen Akademi Infitah

Apa yang penting kami bermula dengan modal ilmu, kemahiran dan spiritual yang ada dalam diri dan tanpa berhutang walaupun RM1.

Jika kami boleh, mengapa anda tidak?

Perlukan tunjuk ajar, bimbingan apa yang perlu dilakukan secara step-by-step?

Anda boleh hubungi kami di sini.

 

logo Infitah Training & Consultancy, logo Akademi Infitah

 

 

 

 

www.infitahhometuition.com

www.mengajialquran.com

Facebook: Home Tuition & Quranic Home Based

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

5 Hadiah Tiket Percuma Ke #STPM2019 & Premium Coaching Untuk Dimenangi!

[TERKINI] 5 HADIAH TIKET PERCUMA KE SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA (STPM) 2019 & PREMIUM COACHING ...