National Tutoring Conference (NTC) di London

Alhamdulillah, berpeluang menuntut ilmu di University of London.

Perjalanan mendidik ummah & masyarakat diteruskan dengan menyertai NTC dan berkenalan dengan pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai latar belakang. Yang pastinya semuanya mempunyai kelebihan masing-masing dalam bidang ‪#‎tutoring‬ dan ‪#‎tuition‬.

Dalam conference ini, saya berpeluang mengetahui secara lebih lanjut pelbagai jenis elemen dalam bidang tutoring termasuk daripada dari aspek value, vision, tutoring system, branding, disclosure & barring service (DBS), marketing, accounting dan banyak lagi. Ada diantaranya akan dikongsikan dalam Bengkel ‘Home Tutor Beyond Expectation’ pada 24 Mei ini.

Banyak lagi rupanya yang masih perlu di improve bagi memberi manfaat kepada tutor dan pelajar khususnya.

Memang bidang tutoring dan tuition di UK agak maju. Kajian juga menunjukkan 1 daripada 4 ibu bapa menggunakan perkhidmatan ‪#‎privatetutor‬ di London (Sumber dari The Independent). Lebih 1 juta tutor pula mengajar pelajar di luar sekolah termasuk tuition. Bagi ibu bapa di sini, private tutor diakui sangat membantu pembelajaran anak mereka.

Momen yang tidak dapat dilupakan apabila seorang ‘Mat Salleh’, Mr Francis menegur apabila melihat nama saya di tag bertulis ‘Mohd Noor Mohd Tahir’.

 

coachmohdnoor national tutoring conference

“Are you from Malaysia?”

Terkesima sekejap.

Apabila berbual baru tahu bahawa beliau pernah mengajar di Indonesia dan mempunyai pengalaman mengajar pelajar yang mengambil A Level di Kuala Lumpur menggunakan platform online.

Apa yang menarik adalah passion kami memang dalam bidang ini dan ultimatenya adalah memberikan pendidikan ‘kebajikan’ terutamanya kepada yang memerlukan. Beliau terinspirasi kawannya sudah memulakan projek pendidikan kebajikan ini di Ghana Katanya beliau mempunyai matlamat untuk mempunyai syarikat yang lebih besar dari Microsoft.

Ramai juga antara peserta yang sempat berjumpa berminat untuk memperkembangkan idea & bisnes mereka di Malaysia. Ada yang sudah email walaupun baru sahaja habis conference 🙂

Terima kasih Allah kerana mengkabulkan doa hambuMu yang lemah ini.

Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Semoga dapat membawa manfaat yang besar kepada ummah & masyarakat di UK & Malaysia, insyaAllah. Mohon doa dari anda semua.

p/s: Terasa kekiutan di situ, but size doesn’t matter bila semangat membara untuk berkongsi manfaat 😉

Alhamdulillah, hasil dari pengalaman ini dapat membantu kami untuk menyediakan Platform bagi Tutor & Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia berkumpul dan berkongsi ilmu.

Sertai kami DI SINI

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

statistik bilangan pelajar, murid, sekolah 2014 kementerian pendidikan malaysia

Saya Bukan Guru Sekolah. Bolehkah Saya Menjadi Cikgu Tuisyen?

Ramai yang bertanya, saya bukan guru dan tidak pernah mengajar. Bolehkah saya menjadi cikgu tuisyen ...