Nak Berhenti Kerja Untuk Kerja Sendiri? Nanti Dulu..

Pernah terasa nak berhenti kerja?

Stop!

resign kerja

======

Ada yang tanya saya pendapat sebab nak berhenti kerja dan buat bisnes@full time Tutor.

Bagi saya ia bukanlah semudah mengatakan Boleh atau Tidak Boleh..

Banyak faktor yang perlu diambil kira..

Keadaan kewangan semasa, tanggungan diri dan keluarga, persediaan ruhi, emosi, mental, ilmu serta lain-lain.

Kalau nak langkah selamat…

1. Istikharah mohon petunjuk Allah untuk kebaikan dunia & akhirat.

2. Berbincang dengan keluarga atau rakan-rakan terdekat..kena bagi mereka faham (yang ni kena bertabah sikit 😉)

3. Persediaan kewangan untuk menampung fasa awal (3-6 bulan keperluan bulanan)

4. Cari ilmu, mentor dan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama untuk meminimakan risiko..risiko tetap ada, semua perkara pun ada risiko. kena bersedia je lah 😉

cmn group of education

5. Cari pengalaman mengajar dulu dengan mana-mana Pusat Tuisyen atau Home Tuition. Banyak job kat luar sana..Kalau tak jumpa meh saya tunjuk 😉

6. Pastikan ada ‘passion’ & ‘perseverance’….ini panjang nak cerita..dalam blog saya selalu cerita… tak ada benda ni mungkin tak dapat pergi jauh pun dalam bisnes..hangat-hangat tahi ayam je nanti 😂😂

7. Usah kejar duit..kejar visi dan tinggalkan legasi…sebarkan manfaat. InshaAllah rezeki tu akan datang bergolek.

8. Berhenti dengan cara baik. Settelkan dulu mana-mana kerja dengan cara terbaik..Sebab orang akan ingat kita walaupun kita dah berhenti mengikut apa yang kita tinggalkan.

Jangan jadi macam pakcu dulu.. tegar ‘bakal kapal’ …tapi tu jiwa kena kental habis..nanti main biola lagu air mata hari-hari, pakcu tak tanggung..

Itu sajalah yang dapat dikongsikan. Jangan kata pakcu tak payung. Payung pakcu pun dah basah ni 😂😂

Pakcu pegang satu je..

Have Faith in Allah.
Believe in Your Potential.

Tu jadi Yakin Sebelum Berjaya 😃

Orang biasa-biasa yakin selepas berjaya.

Orang luar biasa yakin sebelum berjaya.

Nak jadi orang mana satu?😃

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...