Mengapa Saya Memilih Kerjaya Sebagai Home Tutor?

Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik dan menjadi suatu trend kerjaya pilihan zaman sekarang. Ada di antara mereka yang merupakan graduan institut pengajian tinggi (IPT) dan tidak kurang juga yang mempunyai kerjaya profesional seperti guru, pensyarah, jurutera, pegawai bank, doktor dan peguam.

Antara sebab golongan profesional ini memilih untuk menjadi tutor adalah kerana mereka menemui kepuasan sebagai tutor atau cikgu tuisyen dengan menyampaikan ilmu dengan kreativiti sendiri.

Semasa saya masih bersekolah, saya pernah berimpian untuk menjadi seorang doktor yang mana ketika itu ia adalah hasil galakan orang tua dan menjadi impian kebanyakan pelajar di samping dapat membantu orang yang sakit.

Walaupun pernah mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang perubatan, selepas memohon petunjuk dari Allah serta berdiskusi dengan orang yang berpengalaman termasuk doktor sendiri, maka saya membuat keputusan bahawa saya kurang sesuai untuk mengambil bidang tersebut atas faktor-faktor tertentu.

Saya memulakan kerjaya home tutor secara sambilan ketika menjadi Health Advisor di sebuah farmasi. Sebelum itu, saya pernah menjadi agen pemasaran di sebuah kolej swasta.

Saya memang berminat untuk mengajar, di mana sebelum itu saya pernah mengajar di sekolah rendah dan menengah sebagai guru ganti dan kemudiannya sebagai seorang pensyarah di sebuah IPTS. Namun, ada perbezaan antara apabila saya mengajar dalam kuantiti yang ramai dengan mengajar secara one-to-one.

Bagi saya sendiri, mengajar secara one-to-one memberikan kepuasan kepada diri saya kerana saya dapat mengikuti perkembangan pelajar saya. Walaupun ketika itu mempunyai kerja tetap dan menyambung pengajian dalam master, saya tetap komited mengajar home tuition kerana ia merupakan ‘passion’ saya apabila dapat belajar bersama dengan pelajar-pelajar saya.

Saya juga pernah mengajar di Pusat Tuisyen yang dipunyai oleh Melayu & Cina. Alhamdulillah, pelbagai pengalaman dapat saya timba.

Mungkin ada yang memang suka mengajar dalam kelas seperti pusat tuisyen kerana dapat memberikan impak kepada lebih ramai pelajar.

Jadi terpulang kepada anda untuk memilih mana satu yang anda rasa sesuai untuk anda.

Anda juga boleh mengajar di pusat tuisyen dan home tuition jika anda boleh menguruskan masa dengan baik.

Fokus pembelajaran sangat dititikberatkan dalam home tuition. Para pelajar akan mendapat lebih perhatian dan bimbingan yang padu daripada seorang tutor. Fokus yang diberikan akan memberikan impak yang besar kepada pelajar.

Secara tidak langsung tutor akan dapat mengesan kelemahan pelajar dalam subjek yang diajarkannya kepada pelajar. Oleh itu, usaha yang jitu akan diberikan oleh tutor dalam membantu pelajar memperbaiki kelemahan sekaligus memperoleh kejayaan.

Ilmu yang disampaikan oleh tutor akan terus diingati oleh pelajarnya. Kesungguhan dan dedikasi seorang tutor memberikan tunjuk ajar akan dikenang hingga ke akhirnya. Pasti gelaran guru mahupun cikgu akan terpahat dalam hidup anda waima hingga ke akhir hayat.

Usah khuatir dengan momokkan bahawa seorang yang bukan guru tidak mampu menjadi seorang cikgu tuisyen atau tutor. Apabila kita berniat untuk berkongsi ilmu dan melebarkan manfaat, pasti Allah permudahkan..

Diriwayatkan dari Jabir berkata,

”Rasulullah saw bersabda, ’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)

Yakinlah bahawa setiap daripada kita memang dilahirkan untuk menjadi seorang pengajar atau pendidik. Apa yang membezakan kita adalah, ada yang mengajar secara tidak formal, contohnya mengajar adik, kawan-kawan dan anak-anak.

Manakala mengajar secara formal pula adalah mengajar sebagai guru sekolah, cikgu tuisyen, pensyarah mahupun trainer.

Bermula sebagai home tutor secara sambilan serta dibantu oleh lebih 30 mentor dalam bidang tuisyen dan bisnes dalam dan di luar negara,  alhamdulillah kini kami telah menguruskan lebih 14 cawangan Home-based Learning CMN Academy di seluruh Malaysia.

Anda berminat menjadi seorang Tutor Tuisyen yang berjaya & profesional?

Maklumat lanjut di sini: CMN TUTOR PROFESIONAL BERJAYA

Berminat mengikuti Bengkel Tutor Profesional?
Layari Bengkel Beyond Expectation Tutor

#TutorKerjayaMulia
#UsahawanMuslimProfesionalBerjaya

Total
0
Shares
Related Posts