Menurut Portal Free Malaysia Today, Malaysia memerlukan 270, 000 Pelajar SPM yang mengambil STEM (Sciennce Technology Engineering Maths) setiap tahun berbanding 90 000 pelajar sekarang ini.
Dalam usaha memantapkan pendidikan STEM di sekolah rendah dan menengah rendah, mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi diperkenalkan. Melalui mata pelajaran ini murid akan mempelajari proses mereka bentuk melalui penggunaan teknologi yang secara tidak langsung dapat membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid.
Manakala di peringkat Menengah Atas pula, beberapa mata pelajaran Elektif Ikhtisas yang berasaskan STEM iaitu Asas Kelestarian, Sains Sukan, Sains Rumah Tangga, Pertanian, Rekacipta, Prinsip Perakaunan, Sains Komputer dan Grafik Komunikasi Teknikal ditawarkan.
Di samping itu mata pelajaran berasaskan Kejuruteraan juga diperkenalkan di Sekolah Menengah Teknik.
Penawaran mata pelajaran elektif berasaskan STEM peringkat menengah atas adalah bertujuan untuk mendedahkan murid kepada haluan kerjaya dan seterusnya menanam bakat serta menarik minat kepada kursus berasaskan STEM di peringkat yang lebih tinggi.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan ciri utama bagi mata pelajaran berasaskan STEM.
Projek yang dilaksanakan adalah pengaplikasian kepada kehidupan harian dalam penyelesaian masalah dan merupakan integerasi daripada pemahaman prinsip sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Bagi kurikulum mata pelajaran sains dan matematik pula unsur aplikasi harian dan teknologi dalam kandungan, pentaksiran dan pendekatan telah dimuatkan dalam KSSM dan KSSR.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah melalui inkuiri, penyelesaian masalah dan kerja projek bagi menarik minat murid serta pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
Murid didedahkan dengan perkara/isu konteksual dalam kehidupan harian, alam sekitar dan masyarakat tempatan mahu pun global. Dengan demikian murid dapat mencari maklumat dan menggunakan design thinking dan computational thinking dalam menyelesaikan masalah atau mereka cipta sesuatu produk yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.
Pada masa kini, sekolah bekerjasama dengan pihak universiti, badan berkanun dan industri dalam meningkat dan memperkukuhkan pendidikan STEM negara.
Contoh-contoh program yang dilaksanakan ialah Program Mentor–Mentee bersama IPTA, Inquiry Based Science Education (IBSE) bersama Akademi Sains Malaysia dan Teachers TryScience bersama IBM Malaysia.
Sekian, terima kasih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Untuk info lanjut mengenai Modul STEM untuk Sains & Matematik terbaik di pasaran boleh layari: Modul Funtastic STEM
atau