Pengisian Tafsir Ar-Rahman oleh Ustaz Marwan.
Ayat sebelum ini dalam Surah Ar-Rahman banyak menceritakan tentang nikmat-nikmat Allah yang sekian banyak dan tidak dapat manusia dustakan.
Ayat seterusnya adalah peringatan bahawa semua nikmat akan berakhir. Kesudahan manusia sama ada akan ke syurga atau neraka.
Di akhirat kelak, manusia tidak lagi ditanya kenapa ia melakukan perbuatan ini dan itu. Mulut tidak bercakap. Anggota badan menjadi saksi. Mahkamah Allah adalah ‘ultimate’ dengan keadilan yg sejati.
Ayat syurga lebih banyak dalam al-Quran. Walaupun begitu, apa yang didengar atau diberitahu tidak sama sama dengan nikmat sebenar kelak yang tidak terjangkau dek akal manusia biasa.
Manusia akan dibangkitkan dlm keadaan pelbagai gaya mengikut amalan mereka semasa di dunia. Janji dan amaran dari Allah adalah pasti.
Apa pun, manusia masuk ke syurga Allah disebabkan redha Allah. Dan salah satu cara untuk mendapat redha Allah adalah membuat apa yang disuruh dan mencegah perkara yang mungkar.
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berkongsi berkaitan isu Palestin iaitu ‘An-Nakbah 15 Mei 1948’, malapetaka besar yang menimpa umat Islam dengan tertubuhnya negara Israel secara tidak sah di bumi suci Al-Quds dan pengusiran lebih daripada 750 000 warga Palestin dari tanah air sendiri.
Kita dapat membantu saudara seislam kita dengan memboikot barangan yang membantu Israel dari segi dana, menghantar bantuan kewangan serta paling minima ialah dengan berdoa agar Allah membantu dan memperkuatkan mereka.
Sememangnya Palestin merupakan tanggungjawab kita bersama.
Terima kasih Dr Huzaimy dan keluarga sebagai tuan rumah dan menyediakan juadah buat warga MCIB 🙂