Mood rindu Al-Aqsa.
Bersama Imam Muda Raed di KLIA. Beliau dibawa ke Malaysia oleh Aqsa Syarif untuk menjadi Imam Terawih Ramadan 1433H.
Beliau tersipu-sipu malu apabila saya mengatakan beliau nampak nampak tampan dengan bersongkok 🙂
Perkara yang paling saya ingati dalam tazkirah beliau ialah orang Palestin yang serba kekurangan menemui kekuatan untuk terus berjuang dengan menghafaz, memahami dan berpegang al-Quran.
Perjuangan ini bukan sahaja perjuangan seorang Muslim, tetapi perjuangan semua pihak yang cintakan keadilan, kedamaian dan ingin menolak sebarang kekajaman dan penindasan.
Didoakan agar kita semua istiqamah dalam perjuangan mengembalikan Al-Aqsa kepada umat Islam.