Hari tu apabila sedang beli Nasi Beriani di sebuah kedai Muslim Bangladeshi di Birmingham, UK, sempat berbual dengan owner dia.. Saya tanya apa yang dia buat sebelum buka restoran ni.
Beliau berkata, ini restoran kedua ..sebelum ini pernah kerja sebagai Pramugara dengan British Airways. Pernah buat katering, multimedia dan lain-lain lagi. Beliau pun sudah lama tinggal di UK & sudah dapat Permanent Resident (PR).
Sempat juga beliau bagi tazkirah merujuk kepada surah Al-Fatihah (tunjukkan kami jalan yang ‘lurus’). Katanya; bukan mudah nak berada dalam jalan lurus..Sekarang ini, bila kita berada dalam jalan yang baik..dan apabila kita menoleh ke belakang mungkin tak ramai bersama kita..tapi apabila kita berada di jalan sebaliknya dan kita berpaling ke belakang, maka kita akan melihat barisan yang sangat panjang. Melihat riak wajah dan matanya, seperti ada kisah yang panjang disebalik kata-kata itu.
Hari ini kami diuji dengan ujian yang mencabar daripada mereka yang berkepentingan dan mencabar prinsip sebagai seorang Muslim. Menjadi suatu kepelikan apabila ic mereka juga Muslim dan berpendidikan tinggi. Apabila ingat balik tazkirah owner restoran tu, sedikit kelegaan di situ. Terima kasih abam Bangadeshi 🙂
Doakan agar kami dan kita semua terus bertabah melalui cabaran dan dugaan di dunia yang sementara ini..Akhirat jua negeri yang kekal abadi.
Jika Allah menjadikan manusia untuk memikirkan tentang diri sendiri sahaja, Allah pasti tidak memilih manusia sebagai khalifah berbanding makhlukNya yang lain.
2:30
Cabaran akan mematangkan kita. Mendung berlalu, mentari kan kembali