[Kisah Inspirasi] Dari Mengajar Tuisyen Selepas SPM Kepada Menjalankan Bengkel Physic-O-Therapy

bengkel pelajar spm, teknik belajar fizik physics techniques

Temubual Eksklusif Bersama Cikgu Ajwad Ghali, Pengasas Physic-O-Therapy (POT).

Siapa Cikgu Ajwad Ghali?

 

Profil Cikgu Ajwad Ghali, Founder Physics-O-Therapy

Muhammad Ajwad Ghali merupakan seorang pelajar cemerlang di peringkat sekolah rendah lagi dengan mencapai semua A dalam setiap peperiksaan (UPSR:5A, PMR:8A, SPM: 9A).

Bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR, Ipoh) telah melibatkan diri dalam bidang tutoring semenjak menunggu keputusan SPM lagi dan meneruskan kerjaya tersebut semasa melanjutkan pelajaran di dalam bidang Kejuruteraan Biokimia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.

Beliau memulakan karier sebagai salah seorang pensyarah di Fakulti Diploma Bioteknologi di sebuah Kolej Universiti di Setiawangsa KL dan kemudiannya sebagai Regulatory Affair Executive untuk sebuah Syarikat Alat peranti perubatan selama 3 tahun sebelum fokus sepenuhnya mengusahakan Syarikat Aplustribe PLT secara sepenuh masa.

Beliau kini lebih dikenali sebagai speaker utama untuk seminar dan bengkel Physics-O-Therapy, sebuah program yang berjaya mengubah persepsi pelajar bahawa Fizik SPM itu senang & menyeronokkan.

physic-o-therapy, bengkel fizik SMTKL

Program ini juga telah membantu ratusan pelajar mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam subjek Fizik.

Apa yang beliau share dalam Temubual Eksklusif ini?

Perkongsian kisah mengajar tuisyen lepas SPM…RM5/sejam..

Very inspiring 😄

Apa yang menyebabkan beliau memulakan kajian modul Physics-O-Therapy..

Siapakah yang menjadi rujukan dan inspirasi kepada beliau??
Ia bermula dari seorang………..

Jangan terkejut jika beliau belajar dari Y_ _t_ _ _ …… Ini memang wow!😮

Apa kelebihan mempunyai Modul pembelajaran sendiri??
Ini lagi boom!

Apa yang membezakan buku yang cantik dengan modul ‘belacan’??🤣

Kemana halatuju dengan modul dan buat bengkel pelajar ini? Boleh gi jauh ke? 😂😂

Berminat nak dengar perkongsian bernilai dan menginspirasikan ini?

Jemput tonton video ini dan share untuk manfaat bersama.

 

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM Meriah!

Terima kasih atas doa & sokongan semua. Bersama kita memartabatkan dunia pendidikan di Malaysia. Klik pada gambar untuk…