Kisah Fiona, Kurma, Ramadan dan …….

Alhamdulillah bersyukur Ramadan tiba lagi. Serta masih diberi nafas untuk bertemu Ramadan kali ini di perantauan.

Jadi, terfikir nak bagi apa kat jiran kali ini. Nama dia Fiona (bukan Fiona 4U2C), dia dan famili dia memang baik dengan kami semenjak dari awal lagi tinggal di UK.

Kadang-kadang memang kami hadiahkan cenderahati kalau pergi mana-mana dan dia pun akan balas juga dengan bagi sesuatu yang ‘special’ pada kami.

Jadi kali ni bila nak bagi makanan yang masak sendiri risau tak sedap pula ๐Ÿ˜‰

Jadi kami buat keputusan nak bagi kurma Palestin Medjoule kat dia. Kurma Palestin ni memang ditanam di Palestin serta hasil jualan untuk infaq ย dan disumbangkan kepada Tabung Palestin melalui Israa’ Institution di UK.

palestine mejdool dates ikram westmidlands uke

Semasa bagi pada dia, isteri saya bagitahu nak bagi kurma ni sempena Ramadan. Fiona happy sangat sambil banyak kali ucap terima kasih sambil peluk-peluk isteri saya.

Dia cakap dia tahu serba sedikit tentang Ramadan dan puasa. Katanya lagi, dia pun ada saudara yang selalu bagi homeless makan dan turut berpuasa sebagai tanda respect Muslim dan menghayati kesusahan orang yang tidak mampu.

Memang seakan-akan bertepatan dengan konsep puasa tu sendiri.

Fiona juga beritahu yang dia turut respect Muslim berpuasa. Dan dia minta kalau nak sambut Eid Fitri nanti ajak dia sekali. Kami jawab boleh je ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah..semoga Allah memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua.

…DIA…


Hadir kembali di halaman jiwa ini
Mengubat rindu yg kian lama terpendam di lubuk syahdu
Andainya esok bukan milikku
Biarlah hari ini aku bersandar di ribamu
Buat pengubat derita dosa-dosa semalam
Kerana aku tahu ya el-mubarak
Kau dirindui oleh sekelian alam

Seandainya alam ini turut berkata-kata
Pastilah pujian meniti ditiap-tiap lisan mereka
Kerana kami di sini masih ketandusan sebuah pengharapan dan keampunan


Aku akan setia menantimu di sini
Moga ia bakal menjadi sebuah bekalan terbaik sepanjang pelayaran
Meniti hakikat lautan sebuah kehidupan
Salam ramadhan penuh kesucian

โ€œBarangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.โ€

(HR. Bukhari no. 38 dan Muslim no. 760).

buses-across-the-uk-will-carry-the-message-subhan-allah-during-ramadan-to-raise-awareness-136405992304003901-160509132110

Salam Ramadan dari Birmingham

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Kisah Founder Pusat Tuisyen Yang Pernah Buat Lebih 18 Jenis Bisnes

Kisah Founder Pusat Tuisyen Yang Pernah Buat Lebih 18 Jenis Bisnes ๐Ÿ˜ฎ Kami tahu ramai ...