Strategi Khas Untuk Usahawan Berjaya di Malaysia

Khas untuk bakal-bakal usahawan berjaya.. (mohon baca dengan tahap ketabahan yang tinggi) 😉

Bagi yang berminat menjadi usahawan atau terlibat dalam bisnes, kita perlu jelas dulu apa niat & mengapa kita menceburi bisnes.

Senaraikan dahulu experience, growth & contribution yang ingin kita capai dengan berbisnes ini.

Antara perkara yang penting dalam bisnes adalah teknik ‘menggodam’ bisnes dan menskalakan bisnes.

Kadang-kadang kita rasa bisnes kita tak boleh pergi dah.. tapi sebenarnya kita belum ‘godam’ lagi bisnes kita..kita perlu tahu dulu bahagian mana yang bermasalah samaada produk/servis, marketing, customer relation, finance, operation dan lain-lain sebelum kita tentukan solusi yang sesuai.

Kemudian apabila nak tambahkan pendapatan syarikat, kita perlu tahu terlebih dahulu guna Teknik Kira-kira Bisnes:

business managementAntaranya:

1. Berapakah kos mendapatkan seorang pelanggan?

2. Berapakah margin dan nilai keuntungan yang diperolehi daripada seorang pelanggan ?

3. Berapakah jualan bagi setiap pembelian pelanggan?

4. Berapakah nilai seorang pelanggan kita?

5. Berapakah KPI minima jualan yang mesti kita capai untuk merealisasikan jualan sebanyak RMxxxxx sebulan dan RMxxxxx keuntungan bersih sebulan.

6. Berapa ramaikah pelanggan yang diperlukan bagi tujuan tersebut?

7. Bagaimana untuk mengira Return on Investment (ROI)?

dan beberapa kiraan lagi mengikut keperluan bisnes.

Pasukan bisnes juga penting bagi usahawan yang ingin memperkembangkan serta meninggalkan legasi dalam bisnes.

Siapakah yang membuat kerja-kerja

– Finance
– Operation
– Marketing
– Customer service
– Administration
– Human Resource
– Research & development

Mungkin di awal-awal bisnes, kita perlu melakukan semua. Sampai suatu tahap kita akan rasa ‘burn out’. Jadi kita perlu ada mindset untuk membina pasukan bisnes untuk lebih berkembang. Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk mengambil staf?? Antara perkara yang perlu diambil tahu adalah keperluan, cashflow & jangkaan dalam bisnes kita.

Bagi yang sudah mempunyai staf, bagaimana cara untuk kita mendorong staf untuk membangunkan syarikat? Jika setiap masa kita perlu monitor dan ingatkan staf kita itu maksudnya simptom yang kurang sihat dalam bisnes. Kerana pada asalnya kita mengambil staf untuk memudahkan kerja dan supaya kita boleh fokus pada tugasan lain yang lebih penting.

Sistem KPI, laporan dan pemantauan adalah perkara yang penting bagi usahawan yang ingin memantapkan pengurusan bisnes. Dengan hanya melihat angka-angka dan metrik tertentu, maka kita boleh tahu apa yang sedang berlaku dalam syarikat kita. Ini ilmu yang best 🙂

Apa pula beza syarikat enterprise, PLT & Sdn Bhd? Manakah satu yang sesuai untuk kita daftarkan?

Perlukah kita membayar cukai atau mengelakkannya?

Sebelum kita melakukan apa jenis pemasaran kita perlu mengetahui asas kepada seni marketing..

Antaranya adalah teknik picu pengaruh seperti berikut:

1. Komitmen dan konsisten
2. Repcirocity
3. Bukti sosial
4. Liking
5. Autoriti
6. Scarcity

Selain itu, dengan mengenal avatar pelanggan secara spesifik, baru kita dapat buat copywriting (ayat iklan) dengan lebih dekat di hati pelanggan.

Selepas itu baru digabungkan dengan pelbagai jenis marketing online & offline seperti bunting, website, fbads, Google adwords, mudah.my dan banyak lagi.

Dengan pelbagai channel yang perlu kita gunakan, pada akhirnya kita akan mengetahui manakah teknik marketing yang sesuai dengan bisnes kita.

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

coachmohdnoor coach home tutor malaysia

Adakah Anda Seorang Tutor Yang Mahu Kembangkan Bisnes Tuisyen Dengan Sistem 5-6 Angka Sebulan?

Perhatian: Untuk mereka yang ada pengalaman sebagai Tutor Tuisyen.. Adakah Anda Seorang Tutor Yang Mahu Kembangkan Lagi ...