Kerjaya Tutor Tuisyen Yang Best!

Kerjaya sebagai tutor sepenuh masa atau separuh masa adalah suatu bidang yang sedang meningkat naik dan menjadi suatu trend kerjaya pilihan zaman sekarang. Ada di antara mereka yang merupakan graduan institut pengajian tinggi (IPT) dan tidak kurang juga yang mempunyai kerjaya profesional seperti guru, pensyarah, jurutera dan peguam.

Antara sebab golongan profesional ini memilih untuk menjadi tutor adalah kerana mereka menemui kepuasan sebagai cikgu tuisyen dan mampu menjana sehingga 4-5 angka sebulan.

hopme tuition dirumah private tuition

Permintaan home tuition pada masa kini sangat menggalakkan. Home tuition boleh didefinisikan sebagai pengajaran dan pembelajaran secara fokus yang diadakan di rumah pelajar atau tutor di mana pelajar dibantu oleh seorang tutor.

Kebiasaannya, home tuition hanya melibatkan seorang pelajar atau dalam kumpulan yang kecil untuk menjamin kualitinya.

Saya memulakan kerjaya home tutor secara sambilan ketika menjadi pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi (IPT). Saya memang berminat untuk mengajar, di mana sebelum itu saya pernah mengajar di sekolah rendah dan menengah sebagai guru ganti.

Namun, ada perbezaan antara apabila saya mengajar dalam kuantiti yang ramai dengan mengajar secara one-to-one.

Bagi saya sendiri, mengajar secara one-to-one memberikan kepuasan kepada diri saya kerana saya dapat mengikuti perkembangan pelajar saya.

Ada yang memang suka mengajar dalam kelas seperti pusat tuisyen kerana dapat memberikan impak kepada lebih ramai pelajar.

Kebiasaannya, mereka merupakan guru sekolah kerana mereka mempunyai masa yang amat terhad untuk mengajar di luar waktu sekolah. Jadi terpulang kepada anda untuk memilih mana satu yang anda rasa sesuai untuk anda.

Anda juga boleh mengajar di pusat tuisyen dan home tuition jika anda boleh menguruskan masa dengan baik.

Bermula sebagai home tutor secara sambilan, Alhamdulillah kini kami telah mempunyai cawangan home-based learning dan Online Tuition di seluruh Malaysia.

Anda boleh search perkataan home tuition dan lihat sendiri berapakah hasil carian yang anda jumpai di Google? Sebanyak lebih 20 juta hasil carian dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

Hal ini kerana fokus pembelajaran sangat dititikberatkan dalam home tuition. Para pelajar akan mendapat lebih perhatian dan bimbingan yang padu daripada seorang tutor.

Fokus yang diberikan akan memberikan impak yang besar kepada pelajar. Secara tidak langsung tutor akan dapat mengesan kelemahan pelajar dalam subjek yang diajarkannya kepada pelajar.

Oleh itu, usaha yang jitu akan diberikan oleh tutor dalam membantu pelajar memperbaiki kelemahan sekaligus memperoleh kejayaan.

Ilmu yang disampaikan oleh tutor akan terus diingati oleh pelajarnya. Kesungguhan dan dedikasi seorang tutor memberikan tunjuk ajar akan dikenang ke akhirnya. Pasti gelaran guru mahupun cikgu akan terpahat dalam hidup anda waima hingga ke akhir hayat.

Usah khuatir dengan momokkan bahawa seorang yang bukan guru tidak mampu menjadi seorang cikgu tuisyen atau tutor.

Yakinlah bahawa setiap daripada kita memang dilahirkan untuk menjadi seorang pengajar atau pendidik. Apa yang membezakan kita adalah, ada yang mengajar secara tidak formal, contohnya mengajar adik, kawan-kawan dan anak-anak.

Manakala mengajar secara formal pula adalah mengajar sebagai guru sekolah, cikgu tuisyen, pensyarah mahupun trainer.

Anda sudah bosan menjadi Tutor ‘biasa-biasa’?

Inginkan pergi jauh dalam bidang ini dengan pelbagai peluang baru dalam bidang tutoring dan pendidikan?

Nak bina bukan sekadar Kerjaya, tetapi Legasi juga?

Like dan Follow Facebook & Instagram: Tutor Profesional Malaysia 😃

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

5 Hadiah Tiket Percuma Ke #STPM2019 & Premium Coaching Untuk Dimenangi!

[TERKINI] 5 HADIAH TIKET PERCUMA KE SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA (STPM) 2019 & PREMIUM COACHING ...