Kementerian Pendidikan Rangka Pelan Atasi Kemerosotan Pelajar Sertai Aliran STEM

PUTRAJAYA 16 OCTOBER 2015. Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan ketika sidang media berkenaan sambutan 200 tahun pendidikan Bahasa Tamil di Malaysia. NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Safar 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan sedang merangka Pelan Tindakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Nasional 2017 hingga 2025 bagi mengatasi masalah kemerosotan pelajar menyertai aliran itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, pelan tindakan itu yang dilaksanakan melalui kerjasama kementerian berkenaan bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memfokuskan lapan bidang utama antaranya dasar pengajaran dan pembelajaran serta fasiliti.

“Pelan tersebut juga memfokuskan program kesedaran, kerjaya, kerjasama strategik, data dan penyelidikan, pengkomersilan serta inovasi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mengenai punca nisbah pelajar dalam aliran STEM yang merosot.

Kamalanathan turut mengakui terdapat kemerosotan bilangan pelajar yang memasuki aliran STEM pada 2014 iaitu sebanyak 47 peratus atau 193,557 daripada 414,314 pelajar tingkatan lima berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, kemerosotan itu juga berpunca daripada tindakan pelajar yang layak memasuki aliran sains, tetapi memilih untuk mengikuti aliran sastera.

Sehubungan itu, Kamalanathan berkata, kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji punca dan cadangan penyelesaian kepada kemerosotan enrolmen pelajar yang mengikuti aliran sains dan teknologi di sekolah.

“Hasil laporan jawatankuasa khas itu memaklumkan kemerosotan itu antaranya disebabkan kurikulum yang padat dan sukar, serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik,” katanya.

Selain itu, Kamalanathan berkata, kekurangan infrastruktur, persepsi kurang baik terhadap aliran berkenaan serta prospek kerjaya yang kurang memberangsangkan juga menyumbang kepada kemerosotan itu. – Bernama

p/s: Modul STEM Sains & Matematik untuk meningkatkan minat pelajar dalam subjek berkenaan

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Cipta Rekod Perkongsian Live 10 Jam Tanpa Henti (Hari Ramah Mesra CMN & Tutor Profesional Malaysia)

Jom tambah ilmu dan skill sebagai Tutor: Belajar Tajwid Dengan Mudah & Seronok oleh Ustazah Akmal “Fun Learning…