Jemputan Innovative Talk di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM Berkaitan Online Tutoring

Alhamdulillah, usai Innovative Talk tentang Online Tutoring dan Digital Learning, sempat bertemu dengan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Dr Samsilah, ramah dan mesra orangnya.

Rupanya beliau ada dibelakang masa kami menyampaikan Talk. Saya pun tak perasan 😅Menarik ujar beliau, alhamdulillah syukur sebab kami dapat membuat persediaan awal.

Ada juga lah beberapa orang jemputan dari Peserta Legend sempat join secara online 😃

Semasa sesi perbualan, beliau yang mempunyai pengalaman dalam inovasi dan mendapatkan geran bagi Projek pelajar Master dan Phd yang ke arah pengkomersilan, bertanya bahawa kami tak mencuba untuk dapatkan geran?

Saya angguk sahaja..InshaAllah kalau ada rezeki, adalah tu nanti 😉

InshaAllah CMN akan meneruskan kerjasama dengan Fakulti Pengajian Pendidikan untuk membuat Bengkel ‘Beyond Expectation Tutor’ untuk mahasiswa@graduan fakulti pula di Putra Future Clasroom yang memang futuristik 👍👍

Ini bagi memberikan pengalaman awal bagi mereka dalam praktikal pengajaran. Mungkin ada yang dapat posting, tetapi tiada kepastian.

Jadi graduan sekarang perlu bersedia menambah kemahiran untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan yang semakin mencabar sekarang.

InshaAllah dengan persediaan, segala kemungkinan bakal ditempuhi dengan keyakinan 😃

Mereka juga berbesar hati untuk membuka peluang kepada 15 peserta luar untuk sertai bersama pada Khamis 19 Disember depan 😃

Boleh Whatsapp ‘Nama_BET’ ke 011-13172015 untuk info lanjut.

Tahniah juga Dr Mas Nida, Dr Maszni dan Team yang berjaya menganjurkan event Innovation Showcase untuk warga UPM dan public ini. Suatu usaha yang baik untuk generasi masa depan 👏👏

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan Dengan CMNVengers

CMNvengers (Affiliate) Funtastic Online Tuition FOT. Apa yang BEST? 1- Keuntungan 10% dari jualan.2- Sistem ...