Inspirasi Dari Buku ‘Rich Dad Poor Dad’

Buku ini merupakan inspirasi kepada saya ketika mula menjinakkan diri dalam bisnes.

Kawan saya yang ketika itu turut sama mengajar di sebuah sekolah sebagai guru ganti pada masa itu menyarankan saya untuk membacanya.

Selepas membacanya, saya akui ia adalah kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita yang diterangkan melalui watak Rich dad & Poor Dad terutamanya mengenai bisnes & duit.

book-rich-dad-poor-dad

Kedua-duanya memiliki pemikiran yang berbeza mengenai duit & ini diceritakan dalam keadaan santai oleh Robert Kiyosaki.

Diterangkan juga mengenai Cashflow Quadrant iatu perbezaan cara dalam menghasilkan pendapatan iaitu Employee, Self-Employed, Business Owner & Investor.

 

[SELF EMPLOYED KE BUSINESS OWNER]

Teknik FOMAH dan SOP yang perlu dikuasai bagi seorang usahawan yang hendak bergerak dari ‘self-employed kepada ‘business owner’.

Awal-awal dalam bisnes kita akan melakukan kesemua pekerjaan dalam bisnes kita termasuk:

– F: financial
– O: operation
– M: marketing
– A: administration
– H: human resource

Biasalah tu šŸ™‚

Apabila kita hendak berkembang, kita perlu mula untuk ‘pass’, ‘outsource’ dan ‘leverage’ tugasan-tugasan tertentu kepada orang lain kerana tenaga & masa kita adalah terhad.

Dengan mengenalpasti tugasan-tugasan spesifik dalam FOMAH, kita boleh membuat SOP untuk syarikat kita. Lebih detail SOP tersebut, lebih baik supaya lebih mudah untuk orang lain memahaminya. Selepas itu, kita boleh pantau sambil fokus untuk tugasan pengembangan lain.

Barulah kita akan rasa nikmatnya berbisnesĀ šŸ™‚

 

4 quadran robert kiyosaki

Total
0
Shares
Related Posts