Ingin Menjadi Usahawan Home Tuition? Bacaan Ini Sesuai Untuk Anda

usahawan berjaya, usahawan IPT, usahawan muda

Saya kagum dengan ketabahan usahawan muda & coachee saya, mereka memilih bisnes sebagai pilihan utama dan bukan yang terakhir walaupun berhadapan dengan pilihan-pilihan lain.

Walaupun melalui pelbagai kesusahan dan cabaran dalaman mahupun luaran, mereka tetap terus berjalan untuk mencapai matlamat dan menambah nilai kepada kehidupan orang lain.

Teringat kepada pengalaman saya suatu ketika dahulu di saat tidak ramai percaya apabila saya membuat keputusan untuk bergelar usahawan sepenuh masa, kebergantungan kita hanya pada Allah semata di samping kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri.

Dengan 2 bekalan ini, saya merempuh segala onak & duri. Walaupun perit, dilalui juga dengan ‘think big, start small’ tersemat dalam hati.

Berkaitan dengan persoalan ‘Manakah yang patut dipilih antara makan gaji dan berbisnes?’ Majalah Niaga pernah diajukan soalan ini,

“Jika semua mahu berniaga, siapakah mahu makan gaji?”

Jawapan:

Berdasarkan maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi, hanya 2.4% sahaja graduan yang memilih untuk menjadi usahawan selepas keluar dari universiti.

Ini bermakna, hampir 98% graduan memilih untuk makan gaji selepas tamat belajar.

Berdasarkan peratusan ini, berlaku lambakan serius di planet makan gaji sehinggakan pasaran kerja tidak dapat lagi menampung jumlah pencari kerja.

Ini belum diambil kira dengan kes graduan ijazah terpaksa menerima tawaran gaji diploma atau graduan diploma tepaksa menerima tawaran gaji SPM kerana pasaran tidak dapat menawarkan jumlah pekerjaan mencukupi sesuai dengan taraf pendidikan mereka.

Oleh itu soalan yang lebih wajar untuk ditanya ialah…

“Jika hampir semua mahu makan gaji, siapa pula mahu berniaga?”
Lebih ramai graduan tempatan memasuki planet usahawan, nescaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada pasaran kerja.

Namun, ia terpulang kepada pilihan masing-masing. Ada yang memang selesa makan gaji dan meneruskan kerajaya dalam bidang yang diminati. Ia tidak menjadi masalah.

Ada juga yang ingin mencari pengalaman terlebih dahulu sebelum terjun dalam dunia bisnes dan keusahawanan.

Kami melihat idea keusahawanan ini sudah menular dengan pesatnya dalam masyarakat kita terutamanya Bumiputera. Bukan setakat idea, tetapi teknik, strategi dan sistem telah dipermudahkan.

Saya amat yakin yang 5 – 10 tahun akan datang, ia juga akan merebak kepada anak-anak, pelajar sekolah dan IPT.

Jika mereka boleh mencipta serta menyediakan peluang pekerjaan secara tidak langsung akan menurunkan graf graduan yang tidak mempunyai pekerjaan.

usahawan berjaya, usahawan IPT, usahawan muda

Bayangkan jika seorang boleh menyediakan peluang pekerjaan sekurang-kurangnya 3 pekerjaan, berapa % kadar pengangguran dapat dikurangkan? Apa kesan pula terhadap ekonomi ummah & negara?

Bagaimana pula dengan percambahan ‘mind-set’ & berjiwa besar anak-anak ini bagi memberi manfaat kepada insan lain?

Kami sedang berusaha untuk menegakkan ‘foundation’ dan tapak-tapak tersebut agar generasi akan datang akan menyambungkan tugas tersebut untuk ‘menaik’ dan ‘melebarkan’ ia. InsyaAllah.

Bagi membolehkan suatu brand atau bisnes itu kukuh dalam pasaran dan minda pelanggan, ia mengambil masa yang agak lama. Jika kita lihat orang Cina, generasi datuk mereka memulakan bisnes dan melalui fasa-fasa awal dan perit untuk memulakannya. Kemudian generasi bapa mereka mula membangunkan bisnes dan kemudian generasi anak mereka mengembangkan bisnes tersebut pula.

Itu kelebihan bisnes di mana ia boleh diwarisi kepada sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga sendiri melalui ilmu pensyarikatan yang betul.

Selain itu, antara cabaran orang yang baru menjinakkan diri dengan bisnes adalah cabaran dari pelbagai jenis bisnes.

Tengok orang buat bisnes A berjaya, nak buat juga.

Lihat kejayaan orang lain dalam Bisnes B, nak buat jugalah.

Tengok orang buat Bisnes C macam best je, pun nak join juga 😉

Tidak salah buat banyak bisnes macam syarikat korporat. Strategi ini dipanggil ‘diversification’.

Cuma pastikan kita sudah ada sistem untuk bisnes sedia ada. Jika tidak, bila banyak perkara untuk difokuskan, hasil kurang optimum.

Sebenarnya apa sahaja jenis bisnes berpotensi untuk berjaya. Yang penting ada ilmu, kesungguhan untuk berjaya dan minat untuk berbisnes.

Untuk fasa-fasa awal dalam bisnes, fokus pada satu jenis bisnes dahulu yang mempunyai potensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang. Kalau boleh elakkan membuat 2-3 jenis bisnes sekaligus kerana fokus kita akan lari dan akhirnya pendapatan setiap bisnes tidak seberapa.

Jika pendapatan bersih sudah 5 angka sebulan contohnya dan sudah ada sistem, baru boleh mempertimbangkan untuk mempelbagaikan jenis bisnes (diversify).

Seperti kata Robert Kiyosaki;

“To obtain financial freedom, one must be either a business owner, an investor, or both, generating passive income, particularly on a monthly basis.”

Strategi untuk setiap jenis bisnes juga adalah berbeza. Cari ilmu, mentor & skill dalam bidang bisnes yang kita pilih untuk mengurangkan risiko kegagalan kerana menurut statistik lebih kurang 90% bisnes baru akan terkubur dalam masa 3 tahun.

Dengan teknik, strategi dan sistem yang telah terbukti, peratusan kejayaan itu lebih tinggi.

Antara soalan ‘mindsetting’ yang saya tanya pada yang berminat untuk join ‘personal coaching’ adalah, bersediakah untuk ‘dibasuh’ dan ‘dibrainwash’ untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini?

Dengan confidentnya mereka menjawab, bersedia..

Ok fine, wait and see then 😉

50% lulus 🙂

Bukan apa..Tanya soalan ini pada diri kita.

– Bersedia ke kerja lebih 8 jam sehari?

– Nak report dan mengadu kat Allah sahaja. Dah bos bukan ada pun. Nak mengumpat pun tak boleh

– Bersedia ke kalau orang sekeliling cakap, “Eh kau kerja ke? Nampak macam tak kerja je..” sentap.

– Kau buat bisnes ni ada harapan ke? Aku tengok ramai je rugi daripada berjaya..fuhh (kesat peluh dingin kat dahi)

– Sape nak bagi duit dah pencen nanti? Aku ada..Kau ada??

– Nanti orang tanya, nak bagi makan anak bini/famili makan apa? Pasir pun kena beli sekarang 🙁

#nanges

Faham ke faham?

Cabarannya banyak jadi usahawan ni.

Saya boleh cerita yang manis-manis sahaja. Biar ramai yang terpengaruh. Realitinya, bila cabaran datang, kita ‘tercungap-cungap’ dan tak sanggup teruskan ‘marathon’ jarak jauh.

So nasihat bagi yang nak jadi usahawan

1. Istikharah dulu

2. Niat kerana Allah untuk memberi manfaat dan bangunkan ekonomi ummah.

3. Cari ilmu dulu

4. Apa cabaran datang, redah je

5. Berkawan dengan orang positif dan mempunyai matlamat yang sama

Yang best pun banyak je…

Boleh baca artikel-artikel dalam blog ini 🙂

================

Boleh dapatkan info lanjut tentang Coaching di sini.

#EduTillJannah

Total
0
Shares
Related Posts