Sekarang ada gerakan baru yang dipanggil Minimalist.
Sebelum ni agak terfikir juga konsep ni..Saya agak tertarik dengan konsep ni yang kita hanya perlu hidup berdasarkan apa barang yang perlu sahaja..
Less product..
Less buying..
Less stress..
Sebenarnya kita perlu beli dan ada benda yang kita perlu sahaja..bukan apa yang orang lain suruh, iklan suruh atau untuk menunjuk apa yang kita ada pada orang lain..
Cuba tengok balik pakaian dan barang-barang kita di rumah..Adakah kita guna semua tu walaupun selepas berbulan-bulan atau bertahun-tahun?
So adakah kita nak simpan dalam store selama bertahun-tahun juga atau sedekah pada yang memerlukan jika kita memang tak gunakan?
Boleh tengok gaya Steve Job & Mark Zuckerberg..pakaian dorang simple dan sama sahaja. Tak perlu ambil masa untuk shopping, beli, gosok, basuh, pilih dimana semua tu akan mengambil masa dan tenaga mereka. Dan ini mudahkan mereka fokus pada matlamat dan apa yang penting untuk dicapai.
Dalam Islam konsep ini memang dah ada iaitu ‘qanaah’.
Kerana bahagia itu bermula dalam diri..