Gejala Yang Boleh Menyebabkan Bisnes Bangkrap

Hasil daripada pengalaman memberi konsultansi kepada usahawan-usahawan SME, saya berjumpa dengan ramai usahawan-usahawan yang tidak dapat berkembang atau tutup bisnes bukan kerana produk atau servis tidak bagus atau tidak laku, tetapi disebabkan pengurusan kewangan yang diambil enteng.

Antara faktornya duit syarikat dan duit sendiri bercampur. Ini antara gejala yang bahaya bagi sesebuah syarikat yang baru hendak berkembang.

Banyak bisnes yang berpotensi untuk maju tetapi tidak dapat pergi jauh kerana pengurusan kewangan yang tidak efisyen. Contohnya tidak mengasingkan duit bisnes dan duit peribadi. Tidak kurang yang terpaksa tutup atau terus bangkrap.

Apakah solusinya?

Pelajari atau cari ilmu berkaitan Financial Accounting & Management Accounting atau cari staf atau team yang mahir dalam bidang berkenaan.

Financial Accounting adalah ilmu kira-kira dalam bisnes.
Management Accounting untuk membuat keputusan dalam bisnes.

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

[Kisah Inspirasi Ms Suri Hati Pusat Tuisyen] ‘Bila Allah Buka Hati Kita Untuk Meminta….

Dua tahun lepas, saat saya memutuskan untuk mula ‘membina’ empayar sendiri, saya pernah berada dalam dilema. Tidak tahu…