Walaupun terkilan tak dapat join Pesta Buku Antarabangsa KL tahun ni, jadi buat keputusan short list buku-buku yang ada ni.
InsyaAllah target nak review & refresh dalam masa terdekat ini.
Kali ini bukan setakat nak go deeper tapi nak terjemahkan dalam penulisan juga untuk manfaat bersama, insyaallah.
Sayang baca banyak2 then tak praktis atau tak tulis…at least kalau summary boleh baca semula untuk next generation..
Menurut Portal The Independent, kanak-kanak yang biasa dibesarkan dengan buku bakal mendapat gaji lebih besar apabila dewasa berbanding mereka yang tidak menikmati buku semasa kecil.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Padua di Itali itu mengambil data 6,000 lelaki yang dilahirkan di sembilan negara Eropah di antara 1920 dan 1956.
Antara pertanyaan ialah, pada usia 10 tahun mereka sama ada memiliki kurang sepuluh buku, satu rak buku, simpanan buku sehingga 100 jilid atau lebih di rumah mereka.
Keputusan kajian, yang diterbitkan dalam jurnal The Economic Journal, mendapati pertambahan satu tahun pendidikan akan meningkatkan pendapatan seseorang sebanyak 9 peratus.
Mungkin buku menjadi faktor menggalakkan kanak-kanak lebih membaca dan pembacaan memberi kesan positif kepada prestasi mereka dalam pembelajaran.
Menurut kajian itu lagi, selain itu, rumah yang dipenuhi buku menunjukkan keadaan sosio-ekonomi yang berguna buat anak dan keluarga tersebut untuk jangka masa panjang.
Jenis bahan bacaan juga penting untuk mendapat ilmu yang bermanfaat dan buka sekadar buku picisan atau non-fiksyen.
Sumber kajian : http://www.themalaymailonline.com