Dari Kegagalan Bisnes Tuisyen Kepada Peningkatan RM10k Sebulan

Kisah Perjalanan Al-Qudwah


Ikuti perkongsian dan jatuh bangun Ustaz Taufik, Pengasas Akademi Alqudwah yang memberikan perkhidmatan dalam al-Quran dan Bahasa Arab termasuk secara online.

=================
Alhamdulillah setelah lebih 2 tahun beroperasi, kini Alqudwah sudah mempunyai lebih 100 orang tutor dan 5 orang team pengurusan.


Antara kepakaran kami adalah membantu muslim dan muslimah dewasa berumur 40-an keatas untuk kembali KENAL huruf Alquran hingga mahir mengaji melalui pembelajaran secara peribadi di rumah.

Setakat ini, kami sudah menyebarkan nilai dan kepakaran sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. In sya Allah, mulai Jun ini kami akan mula melebarkan sayap ke Negeri Sembilan dan Johor Bharu.Tapi dulu…saya tidak mempunyai bisnes dan team seperti ini.

Saya pernah gagal dalam bisnes tuisyen pertama lebih kurang 3 tahun lalu. Agak panjang jika hendak diceritakan kisah kegagalan tersebut.Waktu tu, saya betul-betul jatuh tersungkur, hingga terpaksa letgo pusat tuisyen tersebut.

Dan ada satu benda yang betul-betul memberi tekanan pada saya waktu tu yang saya mahu simpan dahulu, mungkin akan dikongsikan pada waktu lain. Saya jual kereta saya dan buat deposit untuk beli motosikal.

Maka, bermulalah kisah penghijrahan saya ke Selangor. Saya tunggang motosikal kapcai saya dari Kulim ke Selangor dengan harapan dan semangat baru. Alhamdulillah saya diterima bekerja di sebuah syarikat penerbitan buku di Bangi.Kegagalan yang lalu tidak menghalang saya untuk mencapai impian yang dah lama diidamkan.

Sejak awal saya jejak kaki ke Bangi, saya dah memasang niat dan matlamat untuk membuka semula pusat tuisyen atau pusat pendidikan Alquran. Bagi merealisasikan impian tersebut, saya mula iklankan servis homequran dan Arab hometuition sekitar kawasan yang saya mampu cover. Siang bekerja malam mengajar. Dari satu klien bertambah kepada dua hingga tujuh klien.

Sehinggalah saya dipertemukan dengan Akademi Infitah & CMN Academy. Pada mulanya, saya hanyalah tutor partime, maka bertambahlah job mengajar saya, job sendiri ditambah dengan job dari CMN. Masa saya agak padat, hujung minggu pun mengajar sampai isteri pernah mengadu yang saya tak ada masa untuk family.

Dipendekkan cerita pada bulan Ogos 2016, CMN membuka ruang untuk tutor yang berminat menjadi Tutorpreneur.

Saya betul-betul excited dan seronok waktu tu dan terus berhubung dengan Coach Mohd Nor untuk tindakan lanjut.

Tanggal 1 September 2016, saya sudah pun berhenti kerja dan ingin fokus bisnes hometuition sepenuh masa. Berbekalkan ilmu pengurusan, marketing dan lain-lain yang dikongsikan CMN, saya beranikan diri bergerak mulakan kembali bisnes dari zero.

Terus terang, saya mulakan bisnes betul-betul dari zero dan tanpa keluarkan sebarang modal. Pengalaman langgar dinding dahulu mengajar saya hati-hati kali ini.

Jadi, bagaimana saya sewa ofis? Bagaimana saya dah gajikan staf admin bulan pertama? Modal marketing dan lain-lain?

Haha, itu semua akan dikongsikan kemudian. Ada rahsianya 

Cabaran bisnes sepenuh masa ini memang besar, dulu ada gaji untuk tampung sewa rumah dan lain-lain komitmen. Sekarang tawakkal perlu digandakan agar bisnes berjalan seperti yang dirancang. Hanya ada 2 pilihan, gagal atau berjaya dan gagal itu memang sudah pernah dilalui. Kali ni, aku hanya ada 1 pilihan iaitu berjaya. Itu lah yang selalu saya bisik dan programkan dalam minda.

================

Kini…

Ustaz Taufik Yusuf dan Akademi Al-Qudwah melebarkan sayap manfaatnya kepada lebih ramai pelajar dan pendidik 😃

Pernah jatuh suatu ketika dahulu dalam bisnes Tuisyen membawa diri dari Kedah ke Bangi dan menjadi Tutor Infitah dan CMN Academy.

Disebabkan masih bersemangat waja untuk meneruskan legasi dalam bidang pendidikan, beliau sanggup bermula dari Zero semula untuk bangkit semula dengan coaching ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM).

Perjalanan bisnes memang tidak mudah, yang bersemangat kental je yang sanggup kekal dalam bidang ni dengan ‘Grand Why’ yang jelas..

Raut wajah beliau sehingga tenang walau ribut yang mendatang.

Alhamdulillah kini Akademi Al-Qudwah semakin bertambah klien, Team, Agen dan Dropship..

InshaAllah bakal keluar produk Digital baru pula lepas ni…Peningkatan sales bulan lepas juga lebih RM10k 😃

Semoga terus memberi manfaat..Inilah kelebihan bisnes berjemaah dan bermentor. Saling support antara satu lain demi kebaikan bersama 👍

Apa kata beliau?

#LegasiPendidikan

Untuk info lanjut bagaimana mengembangkan bisnes tuisyen anda. Layari Success Tutorpreneur Mentorship (STM)


About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Siapakah Guru Paling Berpengaruh Di Malaysia?

Beliau yang mendapat gelaran ‘Cikgu Korea’ dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Julai 1983. ...