Bukan Sekadar Kerjaya, Tetapi Membina Legasi

Alhamdulillah, kami sedang dalam proses untuk interview beberapa calon untuk beberapa position di CMN Education Group.

Ramai rupanya potensi-potensi yang harus gilap.

Sayangnya kami hanya syarikat kecil, tiada kaitan dengan government, GLC atau bukan company besar yang dapat terima ramai staf.

Antara soalan-soalan yang saya selalu tanya untuk ‘Foundation Team’;

Kenapa tak kerja government atau company lain yang sudah established, bukankah lebih secure?

Apa misi & visi dalam hidup?

Siapakah diri mereka 5-10 tahun akan datang?

Apa legasi yang mereka hendak tinggalkan?

Apa sumbangan yang mereka boleh berikan kepada syarikat dan masyarakat di luar sana?

Apakah passion mereka?

Bagaimana kerja yang mereka apply ini dapat membantu mencapai misi & visi syarikat dan dalam masa yang sama dapat capai misi & visi diri mereka?

Sebelum itu, mereka sudah ditanyakan dengan soalan-soalan berbentuk teknikal oleh bahagian HR & Operation.

Daripada jawapan-jawapan itulah, kami akan dapat staff atau ‘family’ yang akan bersama kami untuk terus menambah nilai kepada ummah & masyarakat di luar sana 🙂

Jawapan-jawapan ini bukan secara objektif dan ia sukar untuk dibuat-buat.

Mohon doakan kami dapat terus memberi sumbangan kepada ummah, masyarakat & negara.

p/s: Anda berminat menjadi Tutor? Info lanjut di Peluang & Jawatan Kerjaya Tutor Malaysia.

Infitah Training & Consultancy, Akademi Infitah, home tuition

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Tutor Ini Buktikan Yang Kini Beliau Sudah Ada Ramai Student

“DARI CUMA DOK TUNGGU JOB MASUK JE… ‘TUTOR’ INI BUKTIKAN KINI DIA SUDAH ADA STUDENT ...