Bila Tutor Online Baru Nak Belajar ‘Shooting’


Alhamdulillah dapat jemputan dari RTM untuk sebuah rancangan TV berkaitan “Lifestyle E Commerce”. Salah satu Episodnya adalah berkaitan ‘Home-based Learning’ yang memerlukan Mentor dan Tutor dalam Online Learning.

Atas dasar untuk berkongsi dan memberi manfaat, Mohon doakan agar ia dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam bidang pembelajaran ‘Home-based Learning’ dan Online Tuition sebagai Norma baharu ini 😃

Huhu..Shooting untuk RTM dari pagi sampai malam..Patutnya sampai petang je..

Then, tak sampai rumah lagi dah pengsan 😅

Tapi pengalaman dan ilmu yang berharga dapat belajar dunia director Mr Shamshar dan krew penggambaran. Memang berdedikasi mereka ni serta tak lokek ilmu..

Selain dipertanggungjawabkan sebagai Mentor Tutor, ada juga Mentor Digital dari Avana, Ms Y-Y yang berpengalaman dalam platform Digital serta Host yang mantap, Ms Tehmina yang sentiasa looks cool..mungkin ada yang pernah tengok beliau di kaca tv 😀

Tak lupa Cikgu Mohamad Isa Bin Idris yang dapat pujian dari director sebab suara dan energetic.. Wow 😀

Puan Nurwahidah Ab Gani yang sudi menyediakan rumah buat penggambaran dan Azraai Syah yang setia mengambil short scene dan buat video yang padu 😀 Team CMN yang setia di zoom sampai habis.

Kesemua ilmu2 dan perkongsian ini sangat bermanfaat. IshaAllah ilmu yang bagus untuk Pendidik Abad Ke-21.

InshaAllah ada rezeki kami akan kongsikan ye 😀

Thanks teamwork yang padu dari Team dan anda semua 👍👍 syukur selalu padaNya atas nikmat yang tak pernah putus.

Semoga 2021 kita lebih gemilang inshaAllah 😃

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sudah Bosan Mengajar Pelajar Lemah?

Kadang-kadang bila kita mengajar terutamanya student lemah, kita rasa ‘fed-up’.. “Kenapalah budak ni, benda simple ...