Bersama Pengetua Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari Yang Berpeluang Mengunjungi Finland

Rasanya ini yang paling lama. Belum pernah tinggalkan tanahair selama ini tapi demi kelangsungan impian, saya nekad. Bergolok gadai harta benda demi suatu kembara iqra’. Tinggalkan yang tercinta, yang tersayang demi naluri yang mendesak.

Kata orang ini perjuangan. Tapi saya bukan seorang pejuang. Saya tidak memperjuangkan sesiapa. Saya cuma sibuk mahu tahu. Bukankah tahu itu lebih baik daripada tak tahu ataupun pura-pura tahu?

Nota gambar: Berpura-pura mengajar dalam bilik darjah di Finland. Dapat mengajar di negara yang terbaik sistem pendidikannya, siapa mahu menolak? Kan…😉

Lokasi gambar: Helsinki City Museum, Finland

 

 

Profil Puan Fauziah Sirat

Sarjana Pendidikan Sarjana Muda Sains (Kimia)

Eksekutif Diploma Analisis Pelaburan

Pengamal Bertauliah Pembelajaran Pecut

Jurulatih Bertauliah PMSB

Dikenali sebagai seorang penceramah, jurulatih, usahawan sosial, pendidik dan aktivis masyarakat sejak lebih dari lima belas tahun, Fauziah telah memberikan inspirasi dan motivasi kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam bidang komunikasi, kepimpinan, pengucapan awam, pembelajaran, pengajaran, keibubapaan dan kemahiran berfikir.

Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan, Sarjana Muda Sains (Kimia), Eksekutif Diploma Analisis Pelaburan dan Sijil Pembelajaran Pendidikan Khas.

Secara professional, beliau merupakan seorang jurulatih bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Pengamal Pembelajaran Pecut yang diiktiraf oleh International Accelerated Learning Practitioner Association, Amerika Syarikat.

Sebelum memegang jawatan hari ini sebagai Pengarah Urusan Cesta 16, sebuah firma perunding pembangunan potensi remaja dan generasi muda, Fauziah mempunyai pengalaman bekerja di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Selain daripada tugas-tugas konsultansi dan latihan, beliau merupakan Pengetua Pusat Tuisyen Seri Mawar Bestari, sebuah pusat tuisyen di Ampang, Selangor sejak 2001.

Aktif menulis, beliau merupakan penulis buku akademik, buku fiksyen, blog dan konten untuk siri pendidikan televisyen tempatan. Dalam tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Sains dan Inovasi Malaysia. Tahun ini beliau mengembangkan sayapnya sebagai ahli komuniti MYEDTECH dan National STEM Movement.

Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Ampang. Nyala rasa dan semangat beliau dalam pembangunan potensi anak muda bukan sahaja diterjemahkan di dalam kerja-kerja pendidikan beliau tetapi turut dijanakan melalui aktivitiaktiviti komuniti.

Sebagai pengasas bersama ‘Ampang Awesome’, hari ini beliau sedang sibuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pelbagai agensi ke arah Sustainable Development Goals 2030.

Hari ini, beliau masih menjalankan pelbagai program latihan dan kesedaran untuk klien dari organisasi korporat, pelajar-pelajar, guru-guru, pendidik-pendidik dan ibu bapa. Fauziah sangat teruja dalam berkongsi dan memberikan inspirasi. Disebabkan dedikasi yang tinggi, beliau dikenali sebagai seorang jurulatih dan penceramah yang bersemangat dengan konten yang memukau.

InshaAllah Puan Fauziah Sirat kan berkongsi kisah kejayaan beliau serta Pembelajaran Inovatif untuk Pelajar Gen Abad Ke-21 di Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Tutor Ini Ada Cara Menarik Untuk Aplikasi KBAT & Teknik ‘Problem Solving’

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ini, para pendidik tercari-cari apakah teknik dan pendekatan yang sesuai untuk ...