Alhamdulillah, baru selesai perbincangan bersama salah seorang rakan joint venture baru.
Topik hari ini adalah Operation, Finance, Marketing & Administration.
Dalam fasa untuk melihat perkembangan bisnes yang sedia ada, antara Formula Marketing yang perlu dimonitor terutamanya oleh usahawan antaranya adalah:
1. Break Even (BE)
Berapa titik pulang modal yang diperlukan dalam terutamanya bagi bisnes baru atau produk baru.
2. Conversion Rate (CR)
Daripada prospek/lead yang datang daripada marketing kita, berapa yang berjaya closed?
3. Return on Investment (ROI)
Berapa keuntungan yang dihasilkan hasil dari kos marketing yang dikeluarkan.
4. Customer Acquisition Cost (CAC)
Berapa kos yang diperlukan untuk mendapatkan seorang pelanggan.
5. Lifetime Value (LTV)
Berapakah nilai seorang pelanggan kepada bisnes kita.
InsyaAllah, dalam masa 3 bulan ini, hasilnya akan dinilai, kemudian barulah keputusan seterusnya untuk memperkembangkannya dengan pendaftaran PLT dan Sdn Bhd untuk jangka panjang.
InsyaAllah akan diletakkan sebagai anak syarikat CMN Global Consultant Sdn Bhd sebagai penstrukturan syarikat pada masa hadapan.
Bekerjasama & berjemaah dalam bisnes untuk manfaat yang lebih besar pada masa hadapan. Semoga dipermudahkan & diberkati Allah.
Ingin menjadi rakan JV kami, mohon komen di bawah.