Bagaimana Sistem Persekolahan di UK Menghargai Pelajar Mereka?

Di UK, pelajar-pelajar dinilai dan dihargai bukan dari aspek akademik semata-mata, tetapi menyeluruh termasuk dari segi attitude, kreativiti, nilai murni, kerjasama dan lain-lain.

Penghargaan mereka juga lebih berbentuk individu berbanding general. Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu seorang yang pendiam dalam kelas. Cikgu akan melakukan sesuatu supaya pelajar tersebut participate dalam kelas. Apabila pelajar tersebut menunjukkan sedikit improvement sahaja, pelajar tersebut akan diberi penghargaan.

Contoh lain kalau dalam nursery, ada pelajar tersebut mungkin sedikit lambat mengira 1-10 sahaja berbanding pelajar lain. Apabila pelajar tersebut dapat mengira 1-10 sahaja, dia akan terus dihargai.

Dalam kelas, mereka akan diberi ‘sticker’ untuk setiap benda baik yang mereka lakukan walaupun ianya kecil.

Dalam assembly mereka, pelajar-pelajar ini akan mendapat Award ‘Special Mention’ dan dipuji secara detail oleh guru mereka dihadapan semua pelajar dan guru lain. Kebanyakan adalah disebabkan attitude dan nilai murni yang dilakukan. Award ini sebenarnya hanya sekeping kertas yang bertulis ‘Special Mention’ dan nama mereka. Namun, ia memberikan makna yang cukup besar kepada pelajar. Yang menyambut birthday juga akan turut dihargai.

Perhimpunan mereka menjadi tempat memberi inspirasi dan motivasi kepada semua orang termasuk ibu bapa yang hadir.

Denda dan hukuman?

Jauh sekali.

Mereka tidak ditakutkan untuk membuat kesilapan. Kerana dalam kehidupan sebenar, kita perlu berhadapan dengan kesilapan untuk berjaya.

Jika mereka hanya dilatih untuk terus membuat perkara yang betul dan mengelakkan kesilapan, mereka akan takut-takut untuk membuat lain daripada yang lain dalam kehidupan sebenar.

Lumrahnya, tiada orang yang terus boleh melakukan sesuatu dengan betul dan tepat pada peringkat awal. Manusia belajar dari kesilapan sendiri mahupun kesilapan orang lain.

Berdasarkan Hadis yang dikaji oleh Tim Psikologi Hadis juga menemukan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri banyak mendidik dengan psikologi dan kelembutan.

Faris sendiri pernah dapat beberapa kali ‘Special Mention’ disebabkan passion dalam serta kreatif dalam membuat sesuatu. Penghargaan lain seperti ‘Gold Book’ disebabkan oleh neat handwriting pun pernah 🙂

faris

Abinya sendiri tak pernah dapat award handwriting. Mungkin disebabkan tulisan yang terlalu ‘berseni’ kot 😉

Menariknya, semuanya tidak berkaitan dengan keputusan peperiksaan.

Maksudnya penilaian mereka bukan sekadar akademik semata-mata tetapi dari dari pelbagai aspek juga.

Tidak hairanlah UK menjadi antara destinasi popular untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke luar negara walaupun ongkosnya boleh tahan.

raddlebarn

Di Ayden Innovation Islamic School, kami berusaha memberikan yang terbaik kepada pelajar kami 🙂

#AydenInnovation

#CMNGroupOfEducation

ayden innovator

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

‘Learning Curve of Tutor’ Bersama Pakar NLP Excel Study

Anda merupakan Pendidik, Tutor Pusat Tuisyen mahupun Home Tutor? Pernah dengar tentang Neuro-Lingusitic Programming (NLP)? Suatu ilmu Sains…