Bila disoroti semula bagaimana saya mula terjebak dalam bidang perniagaan, ada pelbagai perasaan yang bercampur baur, sedih, malu, dan sebagainya.
Nak diceritakan pun segan, tapi disebabkan ia mungkin jadi iktibar untuk sesetengah orang, maka saya kongsikan juga.
Saya mula terlibat dalam bisnes secara serius selepas graduasi, ketika menunggu keputusan untuk sambung belajar ketika itu. Sebelum itu ketika belajar ada juga secara kecil-kecilan seperti menjual tshirt.
Dulu saya pernah dapat tawaran untuk sambung bidang perubatan lepas first degree, tetapi tak dapat meneruskannya sebab mungkin bukan passion sebenar. Lebih ke arah ikut-ikut.
Disebabkan ada sahabat-sahabat yang membuat bisnes dalam masa yang sama komited dalam jemaah memberi saya inspirasi untuk melibatkan diri dalam bisnes walaupun memang 0 (zero) sebenarnya tentang bisnes.
Masa tu antara bisnes yang menarik minat saya membela kambing. Siap pergi kurusus kambing bagai 😉 Tapi lepas buat kajian dan berfikir balik, rasanya ia tidak sesuai lagi buat saya pada masa tersebut kerana perlu kekuatan kewangan dan lokasi yang sesuai.
Kemudian, saya dapat tahu tentang perniagaan ternakan cacing dan potensinya untuk penghasilan baja ketika itu. Dengan tiada ilmu dan kejahilan pada diri, maka saya telah melabur ribuan ringgit ke dalam bisnes yang tiada jaminan sebenarnya.
Hanya berdasarkan cakap-cakap orang sahaja dan tanpa membuat kajian yang sebenar dan walaupun cuba bertahan namun akhirnya tersungkur juga. Bila teringat balik, rasa nak gelak pun ada 😉
Buat bisnes tanpa ada ilmu dan kajian terlebih dahulu, tu lah akibatnya.
Banyak wang, masa dan tenaga habis begitu sahaja. Hendak cakap pasal keuntungan..yellek..(kosong). Rugi ada lah. Namun, ia menjadi suatu pembelajaran yang amat berharga dalam kehidupan saya.
Saya pernah jadi Health Advisor, guru sekolah pun pernah. Last sekali jadi Pensyarah IPT. Kemudian, berhenti kerja sebagai pensyarah IPT kerana ingin fokus dalam pembelajaran universal dan bisnes.
.. Ku sangka kan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Rupa-rupanya bukan senang nak buat bisnes ni. Nampak dari luar memang best. Banyak cabaran dan dugaannya termasuk orang di sekeliling kita. Ramai pelik, kenapa nak berhenti kerja selepas ada kerja yang secure?
Saya selalu diam dan jawapannya hanya saya simpan di lubuk hati. Biarlah orang nak kata apa, yang penting kita tahu niat dan matlamat kita.
Memang masih ramai masyarakat kita yang berpandangan bahawa bisnes ini bukan kerjaya sebenar dan tiada masa depan.
Namun, bila kita ada matlamat dan hala tuju yang jelas dan ramai orang yg perlu dibantu, maka saya terpaksa bersabar dan teruskan passion saya.
Kadang-kala terpaksa pekakkan sahaja telinga dan bersabar. Fizikal nampak ok, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Dalam masa yang sama saya tetap berbuat baik kepada mereka.
Cabaran demi cabaran datang silih berganti..
Semakin lama saya dalam bisnes, barulah saya faham bahawa niat dan matlamat kerja itu sendiri perlu diluruskan..
Niat kerana Allah, kerja untuk mendapatkan ilmu & kemahiran, dan juga untuk memberi manfaat kepada insan lain.
Then, barulah kita akan minat dengan kerja kita dan melakukannya secara ‘Beyond Expectation‘. Secara tidak langsung, rezeki akan datang dengan tak disangka-sangka..
Then, orang cakap.. “Dia bolehlah… dia itu…dia ini…”
Saya juga pernah mengalami saat-saat sukar.. Suatu ketika duit pun tak cukup nak beli pampers dan susu anak.. Motor pun pernah kena tarik.. Mak saya selalu susah hati dan macam-macam lagi kesukaran yang pernah dialami bersama partner saya dalam bisnes.
Saya dah biasa hidup susah, tapi saya tak boleh lihat orang lain susah hati.. pada masa tu saya faham semua ini untuk sementara sahaja.. dan kejayaan itu pasti akan datang.
Alhamdulillah, sekarang dengan rezeki dari Allah, CMN Academy sekarang membantu dan mengusahakan cawangan pembelajaran tuisyen dan al-quran dengan bekerjasama dengan Tutor di seluruh Malaysia.
Selain itu, kami turut aktif untuk membantu tutor dan usahawan pendidikan lain untuk berjaya dalam bidang ini.
Apa yang saya yang menyebabkan ‘turning point’ dalam bisnes dan kehidupan saya?
Semasa saya bekerja, saya juga mengajar home tuition secara sambilan walaupun bekerja sebagai pensyarah ketika itu. Alhamdulillah, dengan menggunakan modal sosial dan ilmu, tambah dengan minat mengajar, maka ia menjadi suatu hobi bagi saya.
Pada awalnya , saya beranggapan ia hanya dibuat untuk suka-suka sahaja dan rasa seronok bila dapat melihat pelajar-pelajar saya mengalami peningkatan dalam pembelajaran, sehinggalah sampai suatu suatu ketika permintaan melebihi masa yang saya ada.
Selain itu, saya pernah menjadi fasilitator dalam program-program motivasi di sekolah semenjak dari zaman universiti lagi.
Minat tersebut saya teruskan walaupun selepas ‘graduate’ dari universiti. Sehinggalah saya bertemu Tuan Zuhairi Nopiah di mana ketika itu saya menjadi fasilitator dan wakil anak-anak qariah masjid saya.
Walaupun saya seorang fasilitator ketika itu, namun, program itu sangat memberi kesan kepada saya. Dan semasa program itu jugalah saya berkenalan dengan partner saya dalam bisnes iaitu Ustaz Arif Asa’ad.
Kemudian saya follow Tuan Zuhairi Nopiah yang aktif menjalankan program dan latihan di mana salah satu modul beliau ialah tentang ‘Law Of Universal Attraction’ (LUA) yang diadaptasi dari ilmu Barat iaitu, Law of Attraction (LOA) namun dengan kelebihan modul islamik dan mendekatkan diri dengan pencipta.
Disebabkan modul LUA yang bagus, saya juga pernah bekerjasama dengan Tuan Zuhairi Nopiah untuk menganjurkan program LUA & NLP di beberapa tempat di sekitar Malaysia termasuk Program ‘Business Success Magnet (BSM). Program-program ini mendapat sambutan yang amat baik dari para peserta dan memang ramai yang menunjukkan improvement dalam kehidupan, kerjaya dan bisnes selepas mengikuti program ini.
Antara yang memberi kesan kepada saya dalam LUA ialah ‘Kita menarik apa yang kita fikir, buat dan percaya.” dan seterusnya menjadi titik tolak untuk saya bangkit dan melangkah dalam bisnes dan kehidupan dengan bantuan mentor-mentor saya dalam dan luar negara termasuk salah seorangnya adalah Tuan Zuhairi Nopiah sendiri.
Saya dan Ustaz Arif Asa’ad juga pernah menjadi fasilitator dalam sebuah program yang memerlukan kami berulang-alik dari Seremban ke Shah Alam setiap hari dengan membonceng motosikal. Ia juga merupakan suatu pembelajaran berharga buat kami untuk memikirkan tentang bisnes dan masa depan kerana kalau diikutkan dari segi material memang tak berbaloi.
Tapi yang penting semangat untuk memberi dan menimba pengalaman itu lebih penting. Diringkaskan cerita, kami memulakan Akademi Infitah iaitu Home-Based Learning dan Program Cuti Sekolah dengan modal minima ketika itu untuk membuat marketing tanpa membuat sebarang pinjaman.
Memang ia bukan perjalanan yang mudah, tapi selepas saya ada join sebuah program & follow apa yang diajar dan banyak berkongsi dan memberi, segalanya berubah.
Alhamdulillah, ia dapat diteruskan sehingga ke hari ini walapun banyak cabaran dan dugaannya, tetapi dengan izin Allah dan bantuan serta sokongan dari keluarga, sahabat, mentor-mentor, Team Infitah, CMN kami meneruskan apa yang sudah dimulakan dan mengembangkannnya sehingga ke hari ini
Untuk memulakan bisnes, mulakan dengan apa yang ada pada diri kita. Jika kita tiada modal wang, kita mulakan dengan modal sosial, buat networking dan sebagainya.
Jika kita ada ilmu yang boleh diajarkan pada orang lain, mulakan dengan mengajar tuisyen, al-Quran atau apa sahaja kemahiran yang bermanfaat untuk masyarakat di luar sana. Jika kita ada sedikit wang, laburkan untuk ilmu, ini perkara yang saya pegang hingga ke hari ini supaya kurang risiko ‘langgar tembok’.
Sampai sekarang saya dan Team CMN masih terus belajar kerana proses pembelajaran tidak pernah berhenti. Jika kita berhenti ketika itu lah kita akan ketinggalan dan tidak ke mana-mana.
Jika kita nak dapatkan perkerjaan pun kita perlu belajar 11 tahun di sekolah, 3-5 tahun di kolej atau universiti. Tidak mungkin bila kita nak mulakan bisnes, kita semberono sahaja mulakan tanpa ilmu. Jika kita sanggup menghadapi risiko yang besar, itu lain lah 🙂
Namun, jangan sesekali salah faham. Saya sangat jarang nasihat orang untuk berhenti kerja. Kerana ada risiko yang kita perlu kaji terlebih dahulu. Setiap orang ada komitmen dan kemampuan yang berlainan. Perlu ada persiapan yang rapi sebelum terjun dalam dunia bisnes. Kerana dalam bisnes ‘rugi sudah pasti, untung belum tentu’ 🙂
Itu antara sebab juga kami terus berkongsi manfaat supaya ada di kalangan kita boleh memulakan atau mengembangkan ilmu masing-masing sebagai Tutor & Usahawan Pendidikan dengan ada ‘guideline’.
Kami tidak janjikan bulan & bintang, tapi inshaAllah, apabila ‘passion’ dan sistem barulah senang nak pergi lebih jauh. Ditambah jiwa yang kental dan bersedia untuk memberi, barulah sesuai. Untuk perkongsian dan strategi sebagai tutor profesional dan tutorpreneur berjaya boleh layari www.coachmohdnoor.com
Berniagalah untuk membantu orang lain dan masyarakat di luar sana. Kata-kata Imam Hasan Al-Banna
“Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.”
Untuk menaikkan ekonomi ummah & negara, pada pendapat saya adalah dengan membantu jaringan ekonomi umat Islam dan ‘support’ antara satu sama lain.
Terima kasih atas keprihatinan dan sudi membaca celoteh daripada saya. Semoga ada manfaat untuk kita bersama.