Bagaimana Menjawab Soalan Pelik Anak-Anak?

Menjawab soalan KBAT anak 😰😅

Pernahkah anak atau anak murid anda bertanya
“Where do babies come from” atau
“Bagaimana bayi terjadi?”.

Apakah jawapan anda dan bagaimanakah reaksi anda? 🙂

Semua anak saya pernah bertanya soalan ini ketika kecil dulu.
Tidak ada salahnya mereka bertanya kerana anak-anak semuanya bijak dan sangat curious dengan apa yang mereka perhatikan dan dengar di persekitaran mereka.

LANGKAH PERTAMA:
Jika anda belum bersedia untuk menjawab soalan tersebut mungkin sebab terkejut atau malu atau tak tahu apa hendak dijawab, minta masa beberapa minit sebelum menjawab (kononnya anda ada urusan tetapi sebenarnya perlu tarik nafas, bertenang dan berfikir terlebih dahulu).

LANGKAH KEDUA:
Tanya anak apa yang dia tahu.
Dengar.

Ini penting kerana pendidikan yang efektif mengambil kira ‘prior knowledge’ atau apa yang anak tahu setakat ini dan bukan hanya ‘bombard’ anak dengan sesuatu yang dia tidak bersedia.
Mengetahui prior knowledge juga perlu supaya kita dapat memperbetulkan persepsi atau pengetahuan yang salah atau kurang tepat.

LANGKAH KETIGA:

Berilah jawapan yang sesuai dengan umur anak (age appropriate).
Usah terlalu ghairah bercerita sehingga terlupa anak baru berusia 4 tahun dan prior knowledge anak hanya minimal atau tiada langsung.

Kisah kejadian manusia ini ada diceritakan dalam Al Quran dan boleh dijadikan panduan. Janganlah jadikan soalan ‘innocent’ daripada anak ini sebagai isu yang ‘taboo’ untuk dibincangkan. Jika kita tidak menjawab soalan anak, dia akan ‘google’ atau bertanya kawan. Jawapan yang diterima dari sumber tersebut belum tentu ‘age appropriate’ atau sesuai dengan nilai kita.

Anda ada pengalaman yang hendak dikongsi?

Tonton video ini untuk pencerahan lanjut…

Cik Puan Azlinda Mahari

Founder Genius Atfal
CMNAvengers Team

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

[Kisah Inspirasi] Berhenti Sebagai Akauntan Bertauliah Untuk Meneruskan Passion Sebagai Tutorpreneur

Pn Maizura adalah bekas Akauntan Bertauliah yang berpengalaman bersama sebuah syarikat besar sebelum ‘menerjunkan diri’ secara full time dalam…