Apakah yang dimaksudkan dengan branding?
Kebanyakan usahawan merasakan bahawa branding itu adalah sekadar logo dan nama.
Branding bukan sekadar logo. Logo hanyalah ibarat ‘the tip of iceberg’ bagi sesuatu branding.
Branding adalah apa yang orang lain atau klien fikirkan apabila mereka mendengar nama brand anda. Ia juga menyebabkan klien memilih untuk berurusan dengan kita atau sebaliknya 🙂
Brand termasuklah logo, pemilihan warna tema syarikat, tulisan, imej, target market, mesej yang disampaikan, perkhidmatan, integriti, sejarah dan banyak lagi.
Menaikkan branding yang bagus mengambil masa dan ada fasa-fasanya. Sampai suatu tahap, orang akan memilih anda bukan kerana produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi brand yang ada pada bisnes anda.
Proses ‘BRANDING’ atau PENJENAMAAN dalam Bisnes
Di awal fasa melakukan Branding adalah dipanggil Brand Awareness.
Seorang usahawan perlu memperkenalkan produk atau servisnya melalui pemasaran supaya pelanggan mengetahui bahawa mereka wujud dalam pasaran. Langkahnya ialah dengan mengenali ‘target group’ yang sesuai untuk produk atau servis dan memasarkan kepada mereka. Banyakkan perkongsian yang mendidik klien anda berkaitan dengan produk/perkhidmatan atau bidang anda. Elakkan selalu menjual secara hard selling.
Selalu berkongsi menggunakan content marketing & story telling boleh membantu menaikkan branding anda. Walaupun ia mengambil masa, tetapi ia adalah strategi yang terbaik untuk jangka masa panjang.
Strategi seterusnya adalah Brand Recognition.
Di waktu ini para usahawan perlu membuatkan jenama mereka dikenali oleh pelanggannya. Selain itu, untuk membuatkan klien mengingati sesuatu jenama, ia memerlukan masa dan usaha yang gigih dengan strategi yang betul. Pelbagaikan kaedah marketing secara online & offline. Anda akan mengetahui kaedah mana yang sesuai dengan bisnes anda dengan melakukan split test atau dengan merekodkan keberkesanan marketing yang anda jalankan.
Fasa ketiga adalah Brand Loyalty.
Ketika ini pelanggan sudah setia dan suka dengan sesuatu produk atau servis itu dan sukar untuk mereka bertukar kepada jenama lain. Dengan strategi Positioning yang betul dengan mengambilkira faktor masa, pasti sesuatu bisnes itu boleh mencapainya. DI tahap ini, klien biasanya membeli bukan di sebabkan produk semata-mata tetapi oleh kerana percaya pada brand anda.
Bagaimana menjadikan bisnes tuan/puan diyakini oleh klien?
Bagaimana menjadikan bisnes tuan/puan nampak profesional walaupun baru bermula?
Antara strategi mem’BRANDING’ servis/produk tuan/puan:
1. Menjadi yang pertama atau terawal dalam sesuatu ‘niche’ bisnes. Cuba cari bidang spesifik yang orang lain masih belum terokai.
2. Memiliki ciri-ciri yang unik (attribute ownership) yang tidak dimiliki oleh bisnes lain.
3. Menjadi ‘leader’ dalam industri. Kita menjadi pemimpin dalam bidang itu dan bisnes lain menjadikan brand kita sebagai benchmark.
4. Menjadikan ‘heritage’ sebagai kelebihan. Contohnya menjadikan pengasas atau kisah bagaimana bisnes tersebut bermula sebagai daya tarikan.
5. Menjadi ‘specialist’ dalam niche tersendiri kerana kebanyakan orang hanya akan mencari pakar atau ‘orang lama’ dalam sesuatu bisnes.
6. ‘Polarity Positioning’- Melakukan perkara yang berlainan dengan market dan melawan arus semasa.
InsyaAllah jika anda memerlukan khidmat nasihat dalam mengembangkan bisnes pendidikan anda, kita boleh sembang di facebook. PM saya DI SINI