Bagaimana Digital Ink Dapat Membantu Pembelajaran Yang Lebih Efektif?

Digital Learning

Pernah dengar tentang ‘Digital Ink’ & ‘Digital Learning?

Bagaimana ia dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif serta menjimatkan masa, tenaga dan kos ringgit?

Apakah teknologi serta apps yang dapat membantu pembelajaran secara mudah, santai dan #FunLearning bersama anak atau pelajar anda?

Digital Learning

Perkongsian Digital Ink bersama Cikgu Aman, Ikon Guru Teknologi Pendidikan Kebangsaan 2017 yang berkongsi tentang Pembelajaran Abad Ke-21 dengan menggunakan teknologi seperti yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Biodata Cikgu Aman

Nama sebenar beliau adalah Abd Rahman bin Ali Bashah. Beliau merupakan Guru di SMK Jenjarom, Kuala Langat, Selangor dan mempunyai pengalaman 10 tahun perkhidmatan dalam arena pendidikan dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Antara sumbangan beliau dalam bidang pendidikan:

  • Pencetus Komuniti Maya
  • Telegram Digital Classroom
  • Teknik Digital Ink yang membantu guru membudayakan Teknologi dalam Pendidikan

Beliau juga telah mengasaskan Produk Roll-a-dice STEM (The First Augmented Reality Board Game in Malaysia) dan baru-baru ini beliau juga telah memperolehi Anugerah Guru Ikon STEM KPM 2018.

Beliau juga merupakan Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia yang telah berkongsi bagaimana pendidik boleh mengoptimumkan penggunaan Smartphone dalam pembelajaran.

Turut bersama berkongsi ialah Cikgu Azman, Founder Pusat Tuisyen Alfa dan Virtual Class).

 

Jemput share untuk manfaat bersama 🙂

 

p/s: Untuk mempelajari tentang Online Tuition & Digital Learning boleh layari Grow Outstanding Tuition.

 

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

3 Teknik Magnet Menarik Klien Tuisyen

KHAS BUAT CMN EXCLUSIVE MEMBERS! 3 TEKNIK MAGNET MENARIK KLIEN TUISYEN. Pening kepala bagaimana nak dapat klien yang…