Bagaimana Berjaya Tingkatkan 500-8000? Coretan Di Sebalik Tangisan Depan Kaabah.

Sebuah kehidupan tidak pernah sunyi dari ujian. Jika tiada ujian dalam hidup, bagaimana mungkin kita boleh berdiri sehingga ke hari ini. Mana mungkin sebuah kejayaan itu boleh di capai jika tiada sebarang halangan dan dugaan.

Begitu juga dengan seorang Tutor yang bernama Cikgu Nurul Nabihah Razali atau nama panggilan manjanya Cik Bee. Beliau ini adalah salah seorang Tutor yang berdaftar dan bergerak secara aktif di media sosial, bengkel pembelajaran dan sekolah-sekolah. Namun, di sebalik kejayaannya sekarang, ada cerita duka yang tersimpan. Nak tahu? Teruskan pembacaan.

Perkongsian Cik Bee Dari RM 500 ke RM 8000 Sebulan (Sebalik Tangisan Di Depan Kaabah)

Sebelum beliau menjadi seorang Tutor yang terkemuka bersama CMN Academy Melaka, beliau adalah salah seorang penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Kimia. Namun, sewaktu beliau bergelar seorang mahasiswi dahulu, beliau tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang Tutor.

Selepas tamatnya pengajian, beliau apply banyak jawatan. Namun sayangnya tiada sebarang panggilan temuduga. Boleh dikatakan sendu. Jadi, beliau ambil langkah untuk jadi Promoter jualan. Tidak dinafikan ada rakan-rakan yang perlekehkan apa yang sedang dilakukannya. Tapi beliau nekad untuk kerja apa sahaja asalkan beliau dapat ambil pengalaman dan belajar.

Iya..tentunya beliau sudah merangkakan sesuatu untuk diri beliau pada masa akan datang tanpa pengetahuan orang lain. Beliau masuk bekerja secara sambilan dengan syarikat-syarikat besar dan perhatikan gaya kerja orang-orang disana. Cara manage masa, manage tugas dan banyak lagi.

Sehingga  tiba satu masa, beliau merasakan untuk berhenti jadi promoter. Masa beliau tidak fleksibel dek kerana kerja itu shift. Beliau rasa sampai bila nak stay dalam keadaan macam tu. Nak bergerak kemana pun susah. Jadi, tujuan utama dia nk berhenti jugak kerana dia nak jalankan ibadah umrah di Mekah. Jika kerja promoter, mana mungkin beliau ada masa. Tambahan pula beliau nekad untuk kerjakan umrah di usia yang muda.

Faktor di atas ini telah mendorong beliau untuk tinggalkan kerja sebagai promoter. Beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah bersama ibu dan ayahnya. Di sinilah permulaan cerita beliau. Pendorong utama untuk beliau adalah ibunya. Persediaan untuk ke Mekah bukan biasa-biasa ya tuan puan.

Pastikan pergi dengan berbekalkan persediaan. Persediaan yang bagaimana? Mental dan fizikal. Terutamanya doa. Ibunya telah memesan kepadanya untuk tulis doa. Tulis awal-awal apa yang dihajati supaya disana tidak terkial-kial. Sampai satu tahap yang kita tak sedar bahawa kita bakal terleka dengan orang sekeliling kita. Kita jadi tak doa pun sebenarnya. Jadi, tulis doa apa yang tuan puan nak.

Satu lagi bonus tambahan, tanya kawan-kawan, saudara mara sahabat handai jika ada doa yang mereka nak kita sampaikan depan kaabah. Jangan takut jika doa sendiri tidak sebanyak yang disampaikan untuk orang lain. Pegang konsep lebih banyak memberi, lebih banyak dapat. Sesungguhnya Allah maha mendengar isi hati kita.

Pada masa itu, beliau telah minta kepada Allah Azza Wajalla di hadapan kaabah itu untuk kurniakan pekerjaan yang mulia (ikut pesanan ibunya). Beliau tidak pinta sedikit pun untuk bekerja dalam bidang yang telah diceburi semasa di universiti. Sesungguhnya doa ibu adalah senjata utama untuk kejayaan anak-anak.

Pulangnya dari tanah suci. Cik Bee ada menerima tawaran temuduga, namun bukan rezeki beliau apabila tidak perasan ada panggilan masuk melalui telefonnya. Apabila dia hubungi kembali nombor tersebut, katanya sudah tiada dalam senarai. Sekali lagi terbit rasa kecewa di hati.

Namun, ibunya lagi yang setia mengubat luka di hatinya. Kemudian, dia bertindak untuk sertai pusat tuisyen yang pernah disertainya pada ketika dia bergelar mahasiwi. Kebetulan pada masa itu, terdapat kekosongan di pusat tuisyen itu.

Setelah menyertainya, Cik Bee bertanya pada pemilik pusat tuisyen tersebut macam mana cara untuk dia jadi Tutor dan kembangkan lagi kerjayanya. Kemudian, beliau diberitahu bahawa boleh mula dari rumah. Beliau terus ceburkan diri pada waktu itu. Sehinggalah pada satu hari, beliau melihat ada iklan dari CMN Academy mengenai Bengkel Beyond Expectation (BET) yang dikhaskan untuk Tutor yang baru bertatih dan ingin melonjak naik.

Dari perkongsian Cik Bee, beliau merasa tertarik dengan iklan tersebut kerana ada perkataan STEM. Dengan erti kata mudah, belajar funtastic STEM. Katanya pada permulaan iklan yang dia lihat, dia belum sertai kerana kewangan yang belum stabil. Namun, kali kedua amelihat iklan tersebut, beliau terus ambil keputusan untuk sertainya.

Alhamdulilah. Usahanya kini berhasil. Dari satu penyertaan itu, beliau mula bangkit dan bangkit. Nak berjaya bukan mudah ya tuan puan. Jiwa wajib kental. Harungi segala rintangan sehingga dapat capai RM 8000 pendapatan. Padanya itu jumlah yang besar jika dibandingkan pada permulaanya hanyalah 3 angka sahaja.

Beliau juga ada kongsikan mengenai sambutan pembelajaran ketika PKP dilaksanakan yang lepas. Pada mulanya agak sukar, namun dengan berpandukan langkah yang betul dari bengkel-bengkel yang disertai, beliau dapat consistent dalam bidang ini sehingga ke hari ini. Beliau juga banyak menerima jemputan ke sekolah-sekolah dan PPD untuk menjadi speaker jemputan.

Sesi Kelas Matematik Gaya Kreatif Secara Online Sewaktu PKP
Seminar Best Online Matematik Bersama CMN Academy
Antara Feedback yang Pernah Di Terima Oleh Cik Bee

Jadi, apa agaknya rahsia Cik Bee ni? Macam mana beliau bermula dari hanya menjadi Tutor yang pendapatan 500 kepada 8000? Apa langkah dan tindakan yang beliau telah ambil? Sejauh mana pula tangisannya di sebalik hadapan kaabah itu?

Banyak persoalan yang tentunya bermain dalam minda sedar tuan puan kan? Sehinggakan ada rakan Cik Bee yang jeles dengan kebangkitan beliau. Rakannya juga seorang Tutor yang bermula lebih awal darinya, tapi… Ada apa dengan tapi tu?

Nak tahu tapi tu apa? Jemput tonton video perkongsian penuh dari Cik Bee dengan daftar sebagai sebagai Exclusive Member ‘Tutor Profesional Malaysia’.

Klik www.tinyurl.com/tutorprofesional sekarang . Kita rungkai satu persatu rahsia Cik Bee boleh berjaya seperti sekarang.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Bagaimana Menambahkan Pelajar Tuisyen Saya?

TERKINI! BENGKEL ONLINE “EFFECTIVE MARKETING FOR TUITION” DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN! “Bestnya bila kelas penuh je. ...