Pernah dengar tentang STEM??
STEM ialah Pembelajaran yang telah dimulakan di negara maju seperti UK, US & Jepun.
Ia adalah teknik mendidik pelajar dalam empat disiplin tertentu – SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK.
.
=====
Tahukah anda lagi bahawa…
=====
.
+ Sistem pendidikan di seluruh dunia, terutamanya di negara maju sedang menuju ke arah pembelajaran abad-21… iaitu menekankan tentang STEM.
.
+ Menurut Kementerian Pendidikan, Malaysia memerlukan 270,000 pelajar SPM yang mengambil STEM setiap tahun berbanding 90,000 sekarang.
.
+ Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi subjek STEM dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang ini.
.
+ Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM. Dijangkakan, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM.
.
.
======
Apa yang pentingnya STEM ni?
======
.
STEM membina dan mengajar kreativiti, penyelesaian masalah, kemahiran hidup, kebijaksanaan, kepintaran, kesabaran, rasa ingin tahu. STEM adalah apa yang membentuk masa depan kerana dunia kita berkembang dan perubahan.
.
Anda tahu… dengan mengaplikasikan STEM dalam pembelajaran harian anak anda, boleh melahirkan seorang SAINTIS MUDA yang kritis.
.
.
Anda kenal siapa AL-JAZARI?
.
Al-Jazari adalah seorang Saintis Muslim yang hebat. Beliau digelar Bapa Robotik. Anda mahu anak anda jadi seperti Al-Jazari?
Mulakan dari sekarang.