Apakah Kegagalan Yang Pernah Dihadapi oleh Jack Ma, Pengasas Alibaba.com?

Saya menghadam video ini berkali-kali ini kerana ia merupakan sejarah kepada Jack Ma, Pengasas kepada alibaba.com yang telah gagal dalam projek bisnes mereka sebelum itu.

jack ma alibaba

Kelihatan muka partner dan staf agak ragu-ragu dengan kata-kata beliau ketika baru bermula mengasaskan Alibaba.com pada tahun 1999.

Sekarang mereka telah membuktikan bahawa Alibaba adalah website e-commerce terbesar didunia dengan lebih 100 million pelawat & transaksi setiap hari. Saham IPO beliau adalah yang tertinggi pernah ditawakan di Wall Street. Wow!

Nak cakap antara kegagalan beliau selain projek e-commerce adalah,

Minta kerja KFC, daripada 25 orang, beliau seorang sahaja tidak dapat.

Minta jadi polis daripada 5 orang, beliau seorang tidak terpilih.

2 kali gagal nak jadi guru sekolah. Sampai ibu beliau tidak bagi dia apply lagi walaupun selepas itu beliau berjaya akhirnya 🙂

10 kali kena ‘reject’ oleh University Harvard.

Tahun 1995 mereka pernah membangunkan China Press dengan objektif untuk mempromosikan China kepada dunia luar yang mengamalkan dasar tertutup sebelum itu.

Namun usaha tersebut menemui jalan buntu apabila kerjaaan China tidak memberi sokongan kepada mereka dan tidak begitu memahami idea beliau.

Kemudian pada tahun 1999, beliau dan 17 co-founders memulakan website e-commerce Ali Baba.

Mereka tidak membuat sebarang keuntungan sehingga pada tahun 2001 barulah mereka mendapat keuntungan 500, 000 yuan pertama.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Ali Baba ialah serangan SARS yang pada kettika itu menyebabkan keseluruhan pejabat mereka terpaksa ditutup sementara.

Kemudian, kedatangan EBay ke China yang ketika itu merupakan gergasi ecommerce dunia. Mereka menghadapinya dengan menubuhkan  Taobao.com yang sesuai dengan orang China ketika itu dan memberikan penggunaan percuma selama 3 tahun.

Selepas itu, mereka berjaya menguasai market e-commerce di China berbanding Ebay.

Mereka juga pernah memindahkan syarikat mereka ke Silicon Valley, U.S dan ia merupakan keputusan yang mencabar buat mereka kerana mereka terpaksa menghadapi isu di antara pekerja China & U.S.

Itu antara kegagalan beliau..Namun akhirnya, dia membuktikan kebolehan & usaha yang tidak mengenal erti jemu membuahkan hasilnya.

Beliau juga belajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris daripada pengalaman beliau bertahun-tahun sebagai pemandu pelancong kepada pelancong-pelancong Eropah yang datang ke China. Dan yang menariknya, beliau melakukan ini secara percuma!

Antara perkongsian oleh Jack Ma Founder Alibaba.com bahawa syarikat Small-Medium Enterprise (SME) menarik berbanding syarikat besar (masuk Wall Street)

2 Tip Untk Mengekalkan Bisnes Di Saat Yang Mencabar:

1. Focus on customer

Teruskan memberi manfaat & menambah nilai berbanding keuntungan.

2. Serve you employees

Dalam apa jua keadaa, team atau staf yang bagus akan bersama kita dalam apa jua keadaan sekalipun jika kita hormati dan mempunyai misi, visi & impian yang sama.

3. Learn from competitors

Pesaing menjadikan kita lebih baik jika kita belajar dari strategi dan teknik mereka. Jika kita berfikiran positif, kita akan menjadi lebih baik dari pesaing kita.

I really admire his passion.

Do you mind to share what have you learn from this video? 🙂

‪#‎YakinSebelumBerjaya‬

Jack Ma’s 10 Rules For Success

jack ma alibaba.com

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Ingin Kenal Lebih Lanjut Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Adakah anda seorang Tutor, Pendidik atau seorang Usahawan Pendidikan atau anda berminat menceburi bidang yang sedang ‘meletup’ di…