Anda Pasti Terkejut Dimanakah Masjid Terbesar Di Eropah Terletak?

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk solat & singgah sebentar di Mosque of Rome, ‘the largest mosque in Europe’ iaitu di Itali.

Masjid yang boleh menampung sebanyak 12, 000 jemaah ini dibiayai oleh Raja Faisal dari Arab Saudi.

Apa yang menariknya perancangan masjid ini mengambil masa lebih 10 tahun semenjak Roman City Council memberikan tanah untuk pembinaan masjid ini.

Di Itali juga terdapat Vatican City, iaitu tempat terbesar bagi penganut Kristian Katholik serta Pope mereka.

Pada peringkat awal, ada yang kurang bersetuju untuk masjid ini dibina, namun setelah mendapat persetujuan Pope John Paul II, perancangan membina masjid ini diteruskan.

Seni bina dalaman masjid ini seakan-akan Blue Mosque di Istanbul.

Semoga Islam terus gemilang di Rome seperti yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w semasa Perang Khandaq.

mosque of rome terbesar di eropah the largest in europe

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Misi Persaudaraan & Kemanusiaan iLubnan 6

Bersama membantu dan mendoakan saudara kita di Palestin. InshaAllah kami akan menghantar bantuan lebih £10 ...