Adaptasi Sekolah UK Di Malaysia

Sebelum datang ke UK pernah terfikir untuk bawa sesuatu pulang ke Malaysia nanti. Cuma belum berapa pasti lagi ketika itu.

Sekarang alhamdulillah sudah ‘crystal clear’ apa yang perlu dibawa pulang ­čÖé

Ketika awal-awal sampai ke UK pernah berbual dengan seorang Pensyarah UPM, Dr Raja yang sedang membuat Post Doctoral di UK ketika itu.

Selepas menghabiskan PhD beliau di UK pada masa itu, beliau telah pulang ke Malaysia. Isunya ketika itu adalah untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak beliau seperti yang diperolehi di UK. Namun, tidak ditemui..

Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk membuka sekolah sendiri hasil adaptasi dengan Sistem UK + Pembelajaran Islamik. Terasa kagum juga dengan beliau kerana disamping sibuk sebagai seorang Pensyarah, beliau masih mampu memberikan masa dan tenaga untuk sekolah beliau.

teh vocket special mention uk

Selepas beliau mengetahui apa yang saya lakukan, beliau bertanya sama ada saya berminat untuk membuka sekolah ­čÖé

Saya terasa seperti Dejavu dan agak blur seketika..Mungkin pernah terfikir tapi rasa macam besar juga cabaran itu kerana saya juga pernah terlibat dengan mesyuarat rangkaian sekolah Islam swasta di Malaysia.

Namun, mengenangkan ada benda yang boleh disumbangkan kepada pendidikan di Malaysia, kami nekad untuk memulakan perancangan untuk membuka tadika, sekolah, tuisyen dan akademi. Saya sedar kali ini ‘game’nya lain..Cabarannya berganda..Think tank, sumber pun belum banyak..Alhamdulillah, niat dan passion itu meredakan separuh kegusaran yang melanda.

Dengan berkonsepkan Science Technology Engineering Maths (STEM), Tahfiz, Multiple Intelligences dan Keusahawanan, inshaAllah ia bakal mewarnai dunia pendidikan di Malaysia.

ayden-stem-islamic-school5
ayden-stem-islamic-school3

 

ayden-stem-islamic-school4
Mohon doakan agar usaha kecil ini diberkati dan diredhai Allah agar manfaatnya dapat dikongsi sebagai legasi generasi pelajar kini dan akan datang.

Yakin Sebelum & Sehingga Berjaya.

Layari Facebook Ayden Innovation Islamic School untuk info lanjut ­čÖé

 

ayden-stem-islamic-school6

 

ayden-stem-islamic-school

 

ayden-stem-islamic-school2

#EduTillJannah

Total
0
Shares
Related Posts