Pengalaman Sekolah & Tuisyen Yang Tidak Mungkin Dilupakan

Tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula..

Mengimbas kembali antara madrasah awal saya yang banyak mengajar erti kehidupan..

Ia bukan sahaja membekalkan saya dengan ilmu, tetapi banyak kisah kehidupan saya tersimpan di sini.

Sekolah ini diperkenalkan oleh abang ipar saya yang merupakan orang Kelantan walaupun masa tu hampir masuk sebuah sekolah tahfiz di Gemencheh, N.Sembilan.

Memang ramai masa datang interview untuk masuk sekolah ni dari seluruh Malaysia.

Saya ingat lagi antara soalan yang ditanya adalah menulis Surah Al-Maun. Saya tak pernah sekolah agama sebelum tu. Tapi saya hafal surah tu, tapi tak pernah menulis..Jadi tawakkal je lah. Selain itu ada test membaca al-Quran dan fardhu ain.

Alhamdullilah ada rezeki di situ. Semuanya dari Allah.

Memulakan persekolahan dengan Peralihan selama setahun pada masa tu sebelum masuk ke Tingkatan 1. Sebab pada masa tu sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) memang ada peralihan untuk mengukuhkan Bahasa Arab. Subjek yang diambil tak kurang 21 subjek campur akademik dan agama.

maahad muhammadi lelaki kota bharu pengalman

Kat sekolah join Kadet Pertahanan Awam JPA3. Nak masuk Kadet Polis & Kadet Bomba tak cukup fit..haha..Tapi merasalah wakil sekolah dalam pertandingan Kawad Kaki.

Seminggu sekali ada ‘Thobur’ (perhimpunan). Nyanyi lagu Asmaul Husna & ‘Ya Ilahi’. Kadang-kadang ada spot check.. siapa kantoi rambut panjang kena gunting ‘tobek’..haha 😉

Saya tinggal di asrama sekolah yang sedikit uzur pada masa tu bersama senior-senior. Alhamdulillah tak ada masalah..Ragging tak ada pun..Semua best friend 😉

Kemudian asrama tersebut dirobohkan untuk pembinaan asrama baru. Majlis pecah tanah dilakukan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pada masa tu. First time jumpa memang excited nak salam dengan beliau pada masa tu 🙂

Kemudian saya dan kawan-kawan tinggal di asrama luar di Wakaf Stan oleh Ustaz Rasyid. Walaupun saya sekolah agama, saya mengaku saya agak sedikit nakal juga..Biasalah, remaja baru nak ‘up’ lah katakan..Banyak nostalgia di Wakaf Stan yang tersimpan di memori bersama Geng Arrasyidin Mohd Asyran SafwanIffwat Zainudin, Zulfaqar, Wahid, Badrul, Hakim..ramai lagi

Kemudian, bila asrama baru dah siap, saya kembali masuk ke asrama semula.

Antara benda yang tak boleh nak lupa adalah saya pernah ‘fly’ semata-mata nak pergi tuisyen kat luar sebelum PMR. Ingat lagi nama pusat tuisyen tu ialah Pusat Tuisyen Kami. Antara Pusat Tuisyen legend di Kota Bharu.. Mungkin tu antara sebab kami buat Tuisyen Asrama pada hari ini..hehe..alasan 😉 Alhamdulillah, syukur dengan result yang dapat 🙂

Saya dan kawan-kawan ‘seangkatan’ pun kerap fly untuk makan di luar sekali-sekala. Ada sekali terkantoi dengan warden terus kena rotan kat kaki..Memang insaf bang.. :'(

Kemudian atas sebab tertentu saya memilih untuk keluar asrama dan tinggal di rumah sewa di Padang Bongor. Rumah sewa pertama saya ialah Rumah Mok Joh yang menjual nasi kerabu..Antara yang duk sekali ialah Abe Nuddin yang suka bergaya. Sekarang dah jadi usahawan berjaya 😉Keluarga Mok Joh memang baik dengan kami. Nasi kerabunya memang sentiasa tersemat di ingatan 🙂

Dipendekkan cerita saya berpindah 4 kali rumah sewa pada masa tu. Macam-macam kisah..Lagi satu sekolah memang kurang galakkan pelajar duk di rumah sewa 😉 Kalau diingatkan memang tersenyum sendiri bila lari sana sini..huh

Tinggal rumah sewa ada yang masak sendiri ada yang tuan rumah sediakan..Antara yang pernah duk sekali Muhammad Fakhri IbrahimSyed Mohd AnwarSaiful Anuar IbrahimAhmad Maarof AbdLah. Kami pergi sekolah naik basikal, walaupun kawan-kawan masa tu ramai yang naik motor sebab di sana masa tu budaya pakai motor gi sekolah dah jadi biasa 🙂 Pernah sekali bawa basikal gi Pusat Tuisyen tapi lupa kunci..memang sedekah kat orang la jawabnya.. 😉 kat rumah sewa selalu kena usaha..hehe

Kawan-kawan sekelas Mohd Yazid IsmailAshraf LatifAdli Zil IkramNik Mohd NasrudeenRaja Afiq Raja AhmadDandarawi IsmailSyahirul Khalis MohamadMustakim Bahrudin dan ramai lagi (maaf tak dapat tag semua) semua dah jadi orang hebat-hebat sekarang 🙂

Last sekali saya tinggal bersama keluarga angkat di Sg Keladi bersama Mohd Zulkhairi Wan Yaacob KGW..Banyak terhutang budi dengan keluarga beliau..Sampai sekarang kalau gi ke Kota Bharu, tak lupa untuk singgah di rumah mereka.

Alhamdulillah, kini kami kembali untuk menabur bakti di Kelantan dengan pembukaan cawangan CMN Group of Education di sana. Mohon doakan agar dipermudahkan Allah.

‘Maahad Muhammadi Lelaki An-Namuzaji dalam kenangan 1997-2002’

‪#‎MML‬
‪#‎CMNGE‬

Total
0
Shares
Related Posts