2 Tonggak Utama Dalam Syarikat

Laws of Leadership, John C Maxwell, Hukum Kepimpinan

Bagi sesebuah organisasi yang ingin berkembang dan mempunyai team sokongan yang mantap, ia memerlukan kepada individu yang mempunyai 2 ciri berikut:

1. Problem solver- individu yang mampu menyelesaikan sesuatu isu/tugasan

2. Planner- individu yang merancang

Pada peringkat awal sesuatu bisnes, kita memerlukan team atau staff yang mampu menyelesaikan tugasan tertentu.

Dalam masa fasa perkembangan, kita memerlukan staf yang mempunyai mind-set ‘planner’ untuk perkembangan jangka panjang.

Jika mereka ada kedua-dua ciri ini, itu merupakan yang terbaik dan ini yang dikatakan sebagai pasukan ‘Tulang Belakang’ (antara organ yang terpenting dalam badan manusia).

Perlu juga kita sedar gaya bekerja Gen Y adalah berbeza dengan Gen X.

Gen Y suka diberi kebebasan dengan diberikan guideline/prinsip dalam kerjaya mereka.

Majikan yang memahami perkara ini, pasti dapat mencungkil potensi team mereka dengan lebih baik.

Setiap individu adalah berbeza kelebihan mahupun kekurangannya. Seorang ‘leader’ yang bagus dapat meraikan keunikan ini dengan meletakkan mereka pada posisi yang betul di mana pakar mengatakan 50% daripada kepemimpinan yang baik datang daripada personaliti/akhlak/sahsiah seorang pemimpin itu.

Laws of Leadership, John C Maxwell, Hukum Kepimpinan

 

Total
0
Shares
Related Posts