10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan

10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Terdapat satu kisah yang berlaku pada zaman tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal, Ibrahim Adham pernah di tanya mengapakah doa-doa mereka langsung tidak di- makbulkan oleh Allah SWT.

Beliau menjawab,

“Terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT, antaranya ialah:

  • Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (tanggung jawab kamu kepadaNya)
  • Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.
  • Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.
  • Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamu lah rakan karibnya dan patuh padanya.
  • Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.
  • Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.

masjid green lane qiam iktikaf

  • Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.
  • Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

terawih

Semoga Allah memberikan kita keberkatan serta rahmatNya dalam kehidupan kita semua. Ameen.

 

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Ingin Kenal Lebih Lanjut Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2018?

Adakah anda seorang Tutor, Pendidik atau seorang Usahawan Pendidikan atau anda berminat menceburi bidang yang sedang ‘meletup’ di…