Ulang Tahun Kelahiran-Masa Untuk Bermuhasabah

Alhamdulillah, hari ini iaitu 8 November, saya menyambut ulang tahun kelahiran saya. Selang 2 hari dengan ulang tahun anak saya Ahmad Faris Irsyad pada 6 November 🙂

selamat ulang tahun kelahiran, happy birthday

Syukur kepada Allah atas nikmat usia yang tidak ternilai.

Syukur atas segala nikmat yang Allah berikan sepanjang hidup ini. Nikmat itu bukan sahaja pada harta. Namun, terkadang nikmat itu tidak nampak dan tidak dirasai kehadirannya.

Nikmat Islam yang masih ramai belum menerimanya.

Nikmat Iman yang tidak semua orang merasai kemanisannya.

Nikmat keluarga seperti ibu bapa, suami, isteri, anak, sahabat, kawan dan sebagainya.

Nikmat air, udara, api yang tidak perlu dibayar. Kecuali cas yang dikenakan oleh manusia 🙂

Nikmat ilmu yang bermanfaat…

Nikmat memberi manfaat kepada ramai orang melalui bisnes yang dijalankan..

dan masih banyak lagi nikmat Allah yang tidak dapat dihitung oleh kita.

“Barangsiapa bersyukur, nescaya Allah tambahkan lagi nikmatNya,

Barangsiapa yang kufur (tidak bersyukur), nescaya azab Allah amat pedih”  (Surah Ibrahim: 7)

Tips supaya dimurahkan rezeki:

Selalulah bersyukur dengan menulis atau menyebut nikmat yang Allah berikan dalam doa kita. Dan berdoa agar dimurahkan rezeki

 alhamdulillah, syukur, syukur dan sabar

Terima kasih juga atas ucapan dan doa yang tidak putus-putus oleh keluarga, sahabat dan rakan-rakan terutamanya di facebook 🙂

Saya turut mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan memperolehi keberkatan dalam kehidupan dan cemerlang dunia & akhirat. Insyallah

Semakin kita menyambut ulang tahun, bermaksud semakin kita mendekati kematian. Oleh itu, semakin banyak perkara yang perlu di muhasabah oleh diri saya.

Apa amalan yang telah saya lakukan sebagai Hamba Allah untuk menghadapi hari kematian?

Apa sumbangan saya sebagai insan yang dipertanggungjawabkan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini?

Apakah yang dilakukan oleh saya untuk membantu dan memberi manfaat kepada insan lain?

Apakah LEGASI yang bakal kita bina dan tinggalkan untuk generasi akan datang?

Segalanya perlu dimuhasabah untuk meneruskan misi dan visi jangka pendek dan jangka panjang.

Muhasabah diri untuk menggapai kejayaan dunia & akhirat. Mohon doa dari kalian semua.

#EduTillJannah

#LegasiAlFateh

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Bekerja Dengan Cemerlang

Antara ciri2 yang perlu ada untuk menjadi Usahawan Cemerlang atau Pekerja Cemerlang: ✔ Rajin & ...