Tutor Ini Ada Cara Menarik Untuk Aplikasi KBAT & Teknik ‘Problem Solving’

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ini, para pendidik tercari-cari apakah teknik dan pendekatan yang sesuai untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut bersedia menghadapi dunia Industrial Revolution 4.0.

Sir Rajinder Singh merupakan Founder RS Home Educare atau lebih dikenali sebagai Tutor Raj merupakan seorang bekas Jurutera Kimia yang berdaftar dengan Board of Engineer Malaysia (BEM). Beliau juga merupakan ahli National Council of Teachers of Mathematics USA (NCTM).

Jemput tonton apakah ‘tools’ dan ‘toys’ yang beiau gunakan ketika sesi PdPc..

Berpengalaman di dalam bidang Proses Kejuruteraan, ianya memberikan kelebihan kepada beliau apabila mengendalikan seminar atau kelas yang menekankan aktiviti hands-on yang menarik serta memukau pesertanya.

Beliau lebih menekankan Kemahiran Proses (Process Skills) dalam mengendalikan pembelajaran yang berasaskan ;

• Inkuiri
• Projek
• Penyelesaian Masalah

Lihat bagaimana teknik beliau menunjukkan Konsep ‘Physics’ kepada pelajar Tahun 2..

Pendekatan pedogogi yang menarik didalam kelasnya, telah menarik minat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjemput beliau sebagai ‘Pakar Pembangunan Model’ di dalam Bengkel Pembangunan Model Guru Futuristik Malaysia (GFM) bersama para pensyarah dan pendidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing seperti Cikgu Aman, Cikgu Noorjahan Sultan, Dr Shamsazila Sa’aban dan ramai lagi.

Seminar beliau, ‘Process Skills in Problem Solving’ sentiasa mendapat maklumbalas yang mengujakan daripada peserta dengan memberikan anjakan paradigma terhadap keindahan sesuatu masalah yang diutarakan.Selain itu beliau berpengalaman mengajar dalam pelbagai peringkat dari SPM, O-Level, IGCSE, EDEXCEL, Cambridge Check Point Tahun 6 & 9 termasuk PT3.

Malahan maklumbalas yang sama juga diterima daripada pelajar serta pendidik yang menghadiri sesi Bengkel Penyelesaian Masalah yang beliau anjurkan.

Selain daripada bergiat cergas didalam bidang pendidikan, beliau juga aktif bersama RS Universal Training dalam mengendalikan Team Building, Adventure Camp serta Leadership Camp untuk golongan pelajar bagi pihak Persatuan Belia Sikh Malaysia (SNSM).

Dalam Simposium Tutor Profesional Malaysia STPM2018, beliau akan berkongsi tentang Topik “KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BERKOMUNIKASI YANG MENARIK DALAM KELAS”

Ingin jadi pendidik yang kreatif dan inovatif, jumpa di #STPM2018.

Tempat semakin berkurangan, info dan pendaftaran di www.tutorprofesional.com/stpm

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths). Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Siapakah Guru Paling Berpengaruh Di Malaysia?

Cikgu Mohd Fadli b Mohamed Salleh yang juga mendapat gelaran ‘Cikgu Korea’ dilahirkan di Pasir ...