Training of Tutor: Enjoy Learning With NLP

Alhamdulillah, tahun 2013 ini bermula dengan baik dengan pelancaran ‘Grand Opening Akademi Infitah 2013’ bersama Training of Tutor Home Tuition & Quranic Home Based dengan perkongsian ‘Enjoy Learning with NLP’ oleh saya sendiri. Antara input bengkel ini ialah selain menjadikan sesi pembelajaran menyeronokkan, tutor juga dapat mengetahui dan mempraktikkan bagaimana cara pembelajaran yang sesuai untuk pelajar mereka dengan menggunakan Teknik VAK (Visual, Auditori, Kinestetik). Ini adalah kerana setiap manusia adalah unik dan cara pembelajaran yang terbaik untuk mereka juga adalah berbeza. Dengan mengenali mereka, pembelajaran akan lebih berimpak dan efektif. Terima kasih kepada tutor-tutor atas komitmen dan respon yang baik. InsyaAllah sama-sama kita memanfaatkannya untuk membantu diri sendiri dan orang lain.

kek sedap, secret recipe

Respon daripada klien juga amat baik berdasarkan keputusan dan ‘improvement’ yang ditunjukkan oleh para pelajar Akademi Infitah. Kami menerima permintaan yang sangat luar biasa terhadap Home Based Learning ini terutama sekali awal tahun 2013 ini. Jadi, kami ingin menjemput anda yang mempunyai ilmu, minat dan komitmen (full/part time) untuk menjadi sebahagian daripada famili Akademi Infitah dalam menjadi duta-duta penyebar kebaikan melalui ilmu agama dan akademik. Berminat boleh  mendaftar di www.infitahhometuition.com dan hubungi 011-15651490.

 

 Tutor Home Tuition, Quranic Home Based, Akademi Infitah, belajar di rumah

 

‘Inspiration Through Learning’

Lihat gambar selanjutnya di sini.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Jana Pendapatan RM1-3k Sebulan Dengan Sebagai Partner CMN

Nak buat RM1k – RM3k sebulan dengan Bisnes Tuisyen CMN? Berita Baik! Istimewa Buat Anda ...