Tip Berjaya Dalam Bisnes Pusat Tuisyen

Selepas Seminar Tuisyen anjuran Master Yus, ada seorang peserta mengajak kami minum selepas selesai program.Beliau merupakan Pegawai di sebuah syarikat korporat GLC yang terkenal. 

DSC03243

Kemudian, beliau menceritakan bahawa beliau telah membuat pinjaman untuk ‘setup’ sebuah pusat tuisyen, dan sekarang beliau telah melaburkan lebih kurang RM25k untuk mula dari ‘scratch’. Sebelum ini ‘syok’ tengok saudara sendiri buat tuisyen, jadi beliau pun rasa nak buat pusat tuisyen.

Oleh sebab terlalu fokus untuk setup, renovation menyebabkan sehingga sekarang (pada masa itu bulan Mac), kelas tuisyen masih belum beroperasi. (Untuk pusat tuisyen sebaik-baiknya kelas harus dimulakan pada Disember atau selewat-lewatnya Januari).

Jadi saya cadangkan untuk beliau:

– Fokuskan pada Branding pusat Tuisyen beliau; nama, logo, social branding, design yang profesional dan lain-lain

– Marketing: online; bagaimana nak gunakan social media sebagai social proof & offline untuk ‘tawan’ wilayah

– Niche: cari pengkhususan atau speciality yang menyebabkan klien akan mencari kita

– Positioning: survey pusat tuisyen lain dan apa yang mereka tawarkan. R&D untuk ‘position’kan pusat tuisyen beliau

– Unique Selling Point (USP): fikirkan keunikan yang boleh memberikan added value pada pelajar dan ibu bapa

– Freemium: Apa perkara percuma yang dia boleh offer pada klien. Contohnya: Free talk, free class for 1h month, free registration fee, free module, free starter-kit, free quran class dan lain-lain

– Teknik untuk mencari tutor/cikgu tuisyen yang berkualiti

– Sewakan bilik untuk pendapatan sampingan

Alhamdulillah, dia sudah nampak jalan dan bersedia untuk meneruskan perjuangan beliau

p/s: Dalam bisnes, kami sangat menekankan konsep ‘lean start-up’, iaitu bermula dengan apa yang ada di tangan. Modal ilmu, buku, kenderaan, bajet marketing (puluhan atau ratusan ringgit sahaja).

Dapat profit, baru ‘rolling’ atau invest untuk perkara lain. Tidak perlu buat pinjaman untuk mengurangkan risiko.Ingin mulakan langkah sebagai Home Tutor Tuisyen dengan modal rendah ke atas diri anda sendiri?
KLIK di sini: http://bit.ly/1rWySxz
‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

3 Teknik Magnet Menarik Klien Tuisyen

KHAS BUAT CMN EXCLUSIVE MEMBERS! 3 TEKNIK MAGNET MENARIK KLIEN TUISYEN. Pening kepala bagaimana nak ...