Tiada Hari Tanpa Belajar Untuk Upgrade Bisnes Anda

Dua tiga minggu ni memang bersengkang mata dan minda…

Bukan tak biasa..tapi kali ini, lain macam sebab banyak belajar benda baru ‘crash course’ sampai berasap otak..haha

Tambahan dalam bulan ramadan..kat UK puasa 18jam.. iftar 9:15pm, isya dan terawih 11-12:30pm, subuh 3am..Alhamdulillah, tetap rasa bersyukur dengan nikmatnya berpuasa di sini ..tanpa bazaar & shopping raya juga

Alhamdulillah, excited banyak belajar perkara baru termasuk Lead Generation, Membership Site, Blogging, Landing Page, Email marketing dan banyak lagi..Semuanya disebabkan ada mentor..terima kasih kepada mentor-mentor saya..mungkin dorang tak baca pun status ni sebab semua negara lain-lain..

Tulah kelebihan bila ada seorang guru, pendidik dan mentor yang akan menyukuh di kala kita ‘kegersangan’ dan ‘kegelapan..ayat tak boleh blah  tapi memang tak dinafikan kadang-kadang dalam bisnes kita akan stuck, di sebabkan itu kita kena minta panduan dari Allah dan usaha mencari solusi..

Kalau kita lari dari masalah…suatu masa nanti masalah itu pasti akan menghantui diri kita…

So carilah solusi dan mereka yang boleh membantu kita dengan memberikan solusi tersebut..

Ramai usahawan yang menyangka hanya perlu cari ilmu di awal bisnes sahaja.

Jika kita tengok rata-rata usahawan berjaya meletakkan sejam sehari untuk membaca, mengkaji serta ‘upgrade’ ilmu.

Warren Buffett (Orang ketiga kaya di dunia) sendiri memperuntukkan selama 5 jam sehari untuk membaca dan upgrade ilmu.

Kalau kita rasa ‘stuck’ dalam bisnes, tu perkara biasa. Tandanya kita perlu upgrade ilmu

Kerana proses mencari ilmu tidak akan berhenti sehingga kita mati

Allah menaikkan darjat orang berilmu lebih dengan beberapa darjat.

Hampir 10 tahun yang lalu, semasa saya mengajar di sebuah sekolah dan sambil membuat bisnes part time, kawan saya telah memberi saya pinjam Buku ‘Rich Dad Poor Dad’ di sebabkan saya menceritakan pada beliau tentang minat saya pada bisnes.

Terima kasih kepada kawan saya itu..

Buku ini telah ‘mengetok’ pemikiran saya dan yang saya paling memberi kesan kepada saya sehingga ke hari ini ialah kata-kata Rich Dad, “Work to learn, don’t work for money.”

Memang sukar untuk saya hadam pada waktu itu..namun lama kelamaan semakin lama dalam dunia bisnes baru saya faham kata-kata itu..

Saya dapat buku edisi ‘cute’ ini di Beirut  Walaupun saya ada koleksi Buku Robert Kiyosaki, saya masih ingin mendapatkan edisi Wisdom dari buku tersebut..untuk refresh kembali ilmu-ilmu berharga sambi menggamit memori lalu..chewahh

 

Yakin Sebelum Berjaya..

Semoga lebih bersemangat dalam Ramadan ini.

#SemangatBadar
#CMNAvengers
#EduTillJannah

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Review Buku ‘Formula Bisnes Dari Hati Ke Hati’

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian video tentang review Buku ‘Formula Bisnes Dari Hati ...