Thank You For Bring Him To England!

Semalam ada perjumpaan 1-1 dengan Teacher sekolah Faris.

Cara cikgu tu cakap macam seolah-olah Faris dapat 12A1 SPM 😉 

Padahal baru tahap ‘Reception’, di Malaysia macam Tadika.

Cikgu dia cakap…

He’ s brilliant!

Everyone needs Faris in their lives.

Thank you for bring him to England..

Lepas tu beliau bagitahu apa yang Faris bagus contohnya cara interaksi dengan orang lain dan subjek Matematik dan lepas dah puji baru beliau masuk area yang perlu diperbaiki seperti cara menulis dan mengurus diri dalam berpakaian. Tiada langsung cerita yang tak baik walaupun kita tahu anak kita bukanlah perfect.

Masa dia cakap tu mula-mula terasa ‘kembang’ gak sebagai parent. Lepas tu baru sedar yang ini sebenarnya Teknik Pujian yang selalu saya kongsikan dengan Tutor. baru ‘down to earth’ balik 😉

Cikgu-cikgu akan cari sekecil-kecil perkara untuk mereka bantu dan motivate pelajar-pelajar walaupun tidak berkaitan dengan akademik.

Patutlah budak-budak suka je pergi sekolah. Hebat gaya cikgunya menguruskan pelajar.

Hari ini mereka akan pakai costume ‘Super Hero’ dan ‘What they want to be’ (cita-cita) ke sekolah. Tengoklah apa jadi nanti bila hero-hero bertebaran kat sekolah 🙂

incredible farisBaju ini sahaja yang dijumpai dan murah.

Incredible Faris 😉

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

Dari Pelajar Praktikal Internship Kepada Manager Tuisyen

Kisah pengalaman seorang pelajar praktikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Huzairin membina kerjaya.   Ingin ...