“Thank You For Bring Him To England!” Kata Seorang Guru

Tempoh hari ada perjumpaan 1-1 dengan Teacher sekolah Faris.

Cara cikgu tu cakap macam seolah-olah Faris dapat 12A1 SPM 😉 Padahal baru tahap ‘Reception’, di Malaysia macam Tadika.

Cikgu dia cakap…

He’ s brilliant!
Everyone needs Faris in their lives!
Thank you for bring him to England

sekolah-uk

Lepas tu beliau bagitahu apa yang Faris bagus contohnya cara interaksi dengan orang lain dan subjek Matematik dan lepas dah puji baru beliau masuk area yang perlu diperbaiki seperti cara menulis dan mengurus diri dalam berpakaian. Tiada langsung cerita yang tak baik walaupun kita tahu anak kita bukanlah perfect.

Masa dia cakap tu mula-mula terasa ‘kembang’ gak sebagai parent. Lepas tu baru sedar yang ini sebenarnya Teknik Pujian yang selalu saya kongsikan dengan Tutor. baru ‘down to earth’ balik 😉

Cikgu-cikgu akan cari sekecil-kecil perkara untuk mereka bantu dan motivate pelajar-pelajar walaupun tidak berkaitan dengan akademik.

Patutlah budak-budak suka je pergi sekolah. Hebat gaya cikgunya menguruskan pelajar.

Jika anda merupakan Tutor atau Pendidik yang bagus, pasti pelajar anda tidak saba-sabar untuk belajar bersama anda. Setuju? 🙂

#EduTillJannah

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Tutor Ini Ada Cara Menarik Untuk Aplikasi KBAT & Teknik ‘Problem Solving’

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 ini, para pendidik tercari-cari apakah teknik dan pendekatan yang sesuai untuk ...