[Temubual Eksklusif] Bersama Tuan Affenddy Mohamad (Sifu KBAT)

Temubual Eksklusif bersama Tuan Affenddy Mohamad juga dikenali sebagai Sifu KBAT

Siapakah Tuan Affenddy Mohamad?

Profil Speaker Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2017

Tuan Nik Affenddy Mohamad

Topik: “Aplikasi KBAT Dalam Peperiksaan & Teknik Mengendalikan Kelas Gaya KBAT”

Nik Affenddy Mohamad adalah merupakan mantan seorang guru yang berpengalaman dalam ilmu KBAT terutamanya untuk pembinaan soalan KBAT bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah di peringkat peperiksaan SPM.

Beliau antara individu yang terawal mengikuti latihan KBAT di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia bersama Pengarah LPM ketika itu.

Kepakarannya ini telah membawa dirinya untuk mengasaskan satu jenama seminar KBAT yang telah menjadi fenomena luarbiasa di Malaysia pada hari ini iaitu Seminar KBAT HAVOC.

Seminar ini memfokuskan kepada kemahiran teknik menjawab soalan KBAT untuk subjek agama bagi membantu para pelajar memahami struktur soalan KBAT dalam peperiksaan SPM.

Banyak maklumbalas yang sangat mengujakan daripada peserta seminarnya sehinggakan ada pelajar yang pada awalnya mendapat markah gagal kemudian telah mencapai keputusan A+ selepas mengikuti seminar yang beliau kendalikan.

Begitu juga ada terdapat banyak sekolah yang telah dibantu olehnya sehingga mencatatkan 3 kali ganda kenaikan gred purata mata pelajaran.

Rekod cemerlang beliau tahun ini ialah, beliau telah berjaya mencatatkan jualan 14,000 unit buku MAHIR KBAT hanya dalam masa 7 hari jualan sahaja.

Ketahui lebih banyak perkongsian untuk Tutor Profesional & Usahawan Pendidikan di #STPM2017

Anda sudah mendaftar? 

Beliau pernah terlibat dengan Panel Lembaga Peperiksaan Malaysia dan terawal dilatih tentang pelaksanaan KBAT dalam peperiksaan.

 

 

Antara soalan-soalan ‘hot’ dalam Temubual Eksklusif ini adalah:

– Ramai cakap KBAT ni tiada manfaat, ‘huru-hara’, susah dan sebagainya..Kenapa nak laksanakan juga KBAT?

– Apa beza ‘Soalan KBAT’ & ‘Item KBAT’? Ini ramai pendidik tak tahu atau tak perasan 

– Kenapa KPM nak sangat buat KBAT ni?..ramai pendidik cakap KBAT ni leceh la..

– Ramai pelajar, ibu bapa, guru, tutor mengadu KBAT ni susah..Tapi macamana peserta Seminar KBAT cakap soalan KBAT ni mudah je lepas dengar perkongsian dari beliau? 

– Sebelum KBAT ni pelajar Malaysia tak berfikir aras tinggi ke? Zappp 😂😂

– Apa beza KBAT dengan KBKK yang pernah dilaksanakan suatu masa dahulu?

– Apa pula KBAT HAVOC tu? Tengok pelajar-pelajar jadi HAVOC lepas join 

– Kenapa Pendidik dan Tutor kena bersedia dan faham betul-betul sebelum mengajar pelajar tentang KBAT ni?

Tidak ketinggalan perkongsian beliau sebagai seorang cikgu sehingga menjadi Sifu KBAT 

Ingin ikuti temubual eksklusif ini?

Jemput tonton video di bawah.

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih 50 cawangan termasuk Tuisyen, al-Quran, tadika dan sekolah swasta di seluruh Malaysia dan UK. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

[Fb Live] Perkongsian Dunia Tuisyen Malaysia

Harini ramai pula yang WhatsApp dan call nak tanya tentang start bisnes tuisyen. Nak kembangkan ...