Subjek Matematik & Sains Pelajar Malaysia Lemah Dalam TIMSS & PISA

Subjek Matematik & Sains Pelajar Malaysia Masih Lemah
 
Berdasarkan keputusan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.
 
Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA 2009+), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
 
Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

usahawn tuisyen, tutoring business

Dapatkan Ebook ‘Rahsia Cikgu Tuisyen Lagenda Terbongkar!’ Secara PERCUMA! (Latest Edition)

Potensi Bidang Tuisyen di Malaysia Anda cuba bayangkan jika hampir separuh (46%) daripada ibu bapa ...